Saya masih ingat bagaimana pedihnya hati apabila dimarahi oleh Allahyarham ayahanda tercinta saya. Ketika dimarahi perasaan memberontak cukup tinggi. Bisikan syaitan untuk menderhaka kepada beliau cukup tinggi. Namun berjaya dibendung.
Sehinggalah saya berjaya dalam hidup dan kehilangan beliau yang pergi mengadap Pencipta kita semua, barulah saya sedari..setiap teguran dan marah beliau terhadap saya adalah untuk membimbing saya kearah menjadi manusia yang taat kepada Pencipta (walaupun ya saya akui saya tetap melakukan kesilapan), jangan sakiti hati orang lain, sentiasa berlaku adil.
Kepada pimpinan PAS yang terasa pedih dengan teguran TG Nik Aziz berlapang dadalah kalian semua. Teguran TG Nik Aziz adalah untuk memastikan PAS senantiasa berada di landasan yang sebenar. Mahu melihat PAS menjadi satu parti dalam komponen Pakatan Rakyat yang menjadi lindungan kepada rakan - rakan PKR dan DAP.
Beliau mahu PAS menjadi sebagaimana tentera - tentera Muslim terdahulu yang membela rakan - rakan mereka.
Hassan Ali...sedarilah, TG Nik Aziz tidak mahu anda membuat sebarang keputusan secara sendirian. TG Nik Aziz mahu anda membuat keputusan dalam satu pasukan. Ya niat anda baik untuk memastikan arak tidak dijual di premis - premis yang menjadi majoriti Muslim tapi sebelum membuat sebarang arahan hendaklah berbincang bersama MB Tan Sri Khalid. Bukankah Tan Sri Khalid ketua anda di Selangor?
Mustafa Ali...anggaplah kritikan TG Nik Aziz adalah semata - mata mahu anda jangan terpengaruh dengan hasutan Zionis Umno. Mahu anda kembali kepada perjuangan mahu membenamkan Umno di Malaysia. Bukankah anda juga pernah melihat bagaimana Umno menjahanamkan Terengganu dengan menarik kembali royalti minyak??
Buat Presiden PAS yang dihormati...saya salute...Salute kerana sebagai anak muda yang sering turun ke jalanraya selalu melihat wajah TG Haji Hadi berada bersama - sama puluhan ribu rakyat berarak. Tapi janganlah terlalu berdiam diri sangat. Anda sebagai Presiden. Anda sebagai ketua kepada PAS. Bertegaslah dengan ahli - ahli yang mahu menghancurkan PAS kerana termakan hasutan Umno. Jika di Terengganu TG Haji Hadi boleh berkeras dalam memerintah sehingga menyebabkan Terengganu terlepas ke tangan Umno semula, kenapa dengan mereka yang bermasalah ini TG Haji Hadi berdiam diri??
Khas kepada mereka yang marah kepada TG Nik Aziz...CERMIN MUKA!! CERMIN MUKA!! CERMIN MUKA!! Kamu semua tidak pernah merasa peritnya menjadi mangsa kezaliman dan penindasan Umno terhadap beliau dan rakyat Kelantan. Penulis picisan yang tidak pernah kena penindasan teruk dari Umno...cuci mulut mu dengan air bersih dan basuh jari - jari mu dengan air sabun yang bagus kerana mulut dan jarimu berbau longkang!!
VIVA PAS...VIVA PAKATAN RAKYAT!!
Throwback: The Sarto Racing x Rocket Bunny CLK
17 jam yang lalu
Salam
BalasPadamMog segala kemelut yang melanda Parti Islam kesayangan kita emua selaku rakyat jelata ini akan selesai dengan seindahnya. Moga Allah bantu memudahkan segalanya. Amin