Khamis, 31 Disember 2009

Hadiah Tahun Baru Untuk Kita

Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tahniah buat pendokong Bn yang totok. Harga barang telah pun naik.

Buat permulaannya adalah harga gula yang akan naik.

Selepas ini roti. Selepas macam - macam lagi.

Kepada semua rakyat Malaysia...kerajaan macam ini ke kita nak mereka tadbir kita?

Najib dan Rosmah serta BN....WELCOME TO HELL...

Rakyat akan hukum kamu!!

Selasa, 29 Disember 2009

KM Sarawak Yang Kebuloq Kuasa

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyelar tindakan golongan tertentu yang bertindak untuk menghasut rakyat agar membenci kerajaan.

"Kita berpolitik untuk menentukan perjuangan kita dan tidak mengetepikan soal pokok untuk menolong rakyat. Sejak akhir-akhir ini, muncul golongan tertentu yang lapar dan dahaga untuk mendapat kuasa memekik sana sini menghasut rakyat.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sapa kebuloq kuasa sekarang ni? Orang yang memekik bela hak rakyat atau hangpa yang rampas tanah orang asal (asli) untuk nama pembangunan yang mengayakan kaum kerabat?

Sapa yang lapar kuasa? Orang yang membela orang - orang asal dari terus ditipu atau kamu yang sewenang - wenangnya menghambat mereka keluar dari tanah mereka?

Sudahlah Taib Mahmud....

Ramai orang Asal kena tipu dengan kau...nasib kau baik saja. Sebab sana takdak internet..kalau ada..MATI LA KUASA KAMU!!!

Dr MAZA - Seruan Untuk PRU 13

“Pertama saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada sebahagian besar rakyat Malaysia, terutama generasi muda yang memberikan sokongan yang tidak putus-putus kepada usaha-usaha tajdid. Namun, saya agak kecewa kerana ada saluran media yang tidak bersikap positif dengan usaha tajdid yang sedang berlaku. Mungkin ada gangguan pihak tertentu.

Pihak TV3 telah menjemput saya juga Tuan Hj Uthman Muhammady dalam rancangan al-Kulliyyah secara langsung. Malang sekali apabila tiba waktu siaran, dimaklumkan kononnya tidak mendapat ‘lampu hijau’ untuk disiarkan secara langsung. Janji mereka rakaman tersebut akan disiarkan, namun tidak muncul sehingga kini. Alhamdulillah, nasib baik ada pihak yang merakamkan program dan ia telah disiarkan dalam internet serta mendapat sambutan.

Pihak RTM 1, pula semalam (28 Disember 2009) menyiarkan siaran langsung Hj. Uthman Muhammady dan seorang penceramah yang tidak dikenali membuat tafsiran yang salah terhadap perbezaan pendapat dan usaha pembaharuan. Sepatutnya, mereka hendaklah terbuka pada zaman ini dengan menjemput secara adil kedua-dua pihak memberi pendapat. Masyarakat kini sudah bijak untuk menilai.

Alhamdulillah, walaupun RTM 1 membuat demikian, survey yang mereka buat dalam rancangan tersebut tetap menunjuk majoriti penonton menganggap positif perkembangan pemikiran atau yang mereka istilah sebagai pertembungan.

Saya berterima kasih kepada Kerajaan Kelantan yang memberikan pentas terbuka yang dihadiri ribuan orang di Kota Bharu baru-baru ini. Ia memberi ruang untuk saya yang tidak berparti berforum secara terbuka dengan Dato’ Nik Amar (PAS), Datuk Nakhaei (UMNO) dan Ustaz Afendi (Pemuda UMNO). Rakyat dapat melihat dan menilai.

Sila dapatkan rakaman program tersebut yang saya rasa banyak pihak merakamkannya. Demikian saya berterima kasih kepada beberapa saluran media seperti Mingguan Malaysia, Akhbar Sinar, MSTAR, Majalah i dan banyak media yang lain yang selalu memberikan laporan yang positif dan adil.

Saya dengan ini menyeru para pencinta perubahan, penyokong keluasan minda dan usaha-usaha tajdid terutama generasi muda, agar mula menilai parti politik yang mana yang lebih meraikan keluasan pendapat dan memberi ruang serta hak bersuara kepada rakyat secara adil. Nilailah juga parti mana yang tidak mesra dengan perkara ini. Dengan arus yang ada ini, pastikan undi anda pada pilihanraya ke-13 membantu ke arah semangat perubahan dan keluasan pendapat yang kita harapkan”.

–dr maza

Sumber : drmaza.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat anak muda Malaysia, usah takut dan gentar melakukan perubahan. Perubahan adalah hak kita. Jangan sesekali takut untuk berbicara. Mereka yang anti kepada gerakan reformasi/tajdid/islah adalah mereka yang mahu melihat rakyat mundur kebelakang dan sentiasa mengharapkan mereka. Lihat Iran membantai rakyat dan menutup ruang demokrasi di sana. Lihat Malaysia membantai rakyat dan juga menutup ruang untuk berbicara.

Berubah untuk Malaysia...lawan!!

Jadikan 2010 Tahun Kebangkitan Semula Harimau Rakyat (2)

Tahun 2009 juga menyaksikan pasang surut kekuatan Pakatan Rakyat. Manik Urai, Permatang Pasir dan juga tindakan biadap Najib merampas PERAK dari kehendak rakyat!! Satu tindakan yang sewajarnya kita anak muda dan rakyat Malaysia kena ingat dan tidak sama sekali boleh melupakannya. Ini tindakan Zionis Yahudi yang merampas tanah Palestin. Sama jugalah BN yang merampas hak rakyat di Perak. Zionis Yahudi sama saja dengan Zionis BN. Penjajah ini harus kita balas apabila tiba masanya nanti. Kita harus mengumpul segala kekuatan dan jadikan 2010 sebagai tahun melancarkan serangan yang lebih agresif. Pastikan Najib tidak dapat tidur dengan amannya. Pastikan Zambry tidak boleh memerintah dengan lebih tenteram. Perbanyakkan sepanduk menentang pemerintahan Zambry. Banjirkan Bandaraya Ipoh dan negeri Perak dengan sepanduk - sepanduk menentang pemerintah Zambry MB Sesumpah. Jangan biarkan dia bernafas dengan selesa. Pejuang - pejuang di negeri Perak harus mengambil inisiatif macam ini ohh ya jangan lupa melayari PerakExpress...blog yang cool hahaha.

Tahun 2009 juga menyaksikan Pakatan Rakyat boleh dihukum jika lambat melakukan perubahan dan sering bertelagah sesama sendiri. Hasilnya Manik Urai. Jangan sampai Terengganu 2004 berulang kembali. Kepada yang masih nak bersama Umno tolonglah, kasihanilah rakyat. Jangan khianat amanah rakyat. Kami menyokong Pakatan Rakyat atas nama keadilan dan kebebasan dan pembaharuan. Bukannya kekerapan sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang gemar mengeluarkan kenyataan yang mengecewakan. Hassan Ali, Zulkifli Noordin, Nasharuddin Mat Isa dan mereka yang sewaktu dengannya antara watak yang bakal menyebabkan Pakatan Rakyat tumbang satu masa nanti. Mungkin 2010 menyaksikan kemunculan mereka yang sudah berubah. Apa pun anak muda Malaysia yang bakal mengundi sekali lagi akan mengawasi secara rapat Pakatan Rakyat.

Tahun 2009 juga diperhatikan, Zionis BN mula melaksanakan dasar - dasar menekan rakyat. GST umpamanya menekan poket rakyat. Rakyat akan menjadi lebih susah jika dasar ini dilaksanakan pada tahun depan. Habis semua barang keperluan akan dikenakan caj tambahan. Rakyat yang bergaji kecil akan paling teruk menderita. 2010 akan menyaksikan rakyat akan mengeluh dengan nasib mereka kerana kerajaan yang ada pada hari ini tidak pernah memikirkan masalah rakyat. Duit makin kurang, harga barang semakin naik, tambang itu naik, tambang ini naik, dan semuanya naik. Tahun inilah sepatutnya kita gunakan untuk mengumpul kekuatan untuk menggerakan sesuatu yang lebih mega.

Tahun 2009 juga telah menyebabkan aku akan mengingati tokoh - tokoh yang akan dianggap cool sepanjang tahun ini. Tokoh yang sentiasa menyebabkan aku berfikiran terbuka dalam menerima apa sahaja hujah tidak lain tidak bukan Hishamuddin Rais aka TukarTiub. Sewaktu pertama kali berkenalan dengan beliau benda pertama sekali kita kena ada dalam diri adalah membaca. Jangan sesekali berhenti membaca. Aku masih remaja masa itu, ikutlah saranan beliau. Saranan beliau itu akhirnya membawa aku kepada seorang lagi tokoh anak muda yang sedang menyinar iaitu Dr Mohd Asri. Aku kagum kerana semangat beliau yang mahu membersihkan agama kita dari unsur - unsur khurafat yang menyebabkan umat di Malaysia semakin ketinggalan dan mahu kita berubah. Penting untuk membersihkan sesuatu benda jika ianya sudah lama dan mula dicemari maka wajib kita meletakkan ia kembali kepada dasar yang sebenar.

Tahun 2009 banyak kenangan pahit dan manis. Aku menulis panjang lebar kerana mahu berkongsi pengalaman hidup sepanjang tahun ini. Pengalaman yang mengajar aku agar jangan sesekali terkongkong minda dengan mendengar sebelah pihak sahaja. Baik Pakatan Rakyat mahupun Zionis Bn. Tahun 2009 sepatutnya sudah menyedarkan kita betapa pilihanraya di Malaysia hanyalah barangan kosmetik kerana jika pilihanraya itu tidak menguntungkan Bn pasti sudah lama diharamkan. Sebagai contoh DUN Kota Siputih, Kedah. Tahun 2009 membuktikan Malaysia berada dalam keadaan lemah. Pertahanan yang lemah dengan kehilangan enjin jet. Nyawa rakyat macam tiada harga. Stadium runtuh, jambatan runtuh, terminal bas runtuh.

Jadi aku berharap sangat pada tahun 2010, satu gelombang baru akan muncul. Gelombang yang mampu menyebabkan para pembesar (penindas) rakyat lemas. Tidak dapat tidur lena dengan aksi penentangan secara berterusan oleh rakyat. Tahun 2010 aku mengharapkan agar rakyat tidak lagi boleh ditipu oleh ahli - ahli politik keparat tidak kira sama ada ianya datang dari Zionis Bn mahupun Pakatan Rakyat.

Tahun 2010 aku menantikan suara rakyat yang sekarang ini sedang berehat kembali bergema. Suara rakyat selepas demo anti-ISA tidur sebentar kembali berkemundang. Suara rakyat suara keramat yang amat ditakuti akan kembali mengancam penindas rakyat ini.

Jangan takut...kerajaan zalim memang sentiasa wujud. Dari zaman Nabi Adam kepada Rasulullah s.a.w hinggalah ke saat ini. Kerajaan zalim akan sentiasa wujud. Jangan terpengaruh dengan slogan 1Malaysia (perompak duit rakyat), Ya Ali Ya Hussein (padahal pembunuh utama pejuang rakyat hingga hari ini). Mereka ini zalim. Menghalalkan perbuatan mereka dengan menjual agama dan atas nama perpaduan kaum.

Zalim harus ditentang habis - habisan....

JADIKAN 2010 tahun harimau - harimau rakyat kembali bangun...

Bangunlah...bangkitlah...

HIDUP RAKYAT!!

Isnin, 28 Disember 2009

Jadikan 2010 Tahun Kebangkitan Semula Harimau Rakyat

Tirai 2009 akan dilabuhkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Setahun sudah kita melalui tahun 2009 dengan perasaan suka dan duka. Sebagai insan sudah pasti kita merasai perasaan itu. Sang kekasih dengan pasangannya. Sang suami dengan isterinya. Seorang ibu berserta ayah dengan sikap anak - anaknya. Majikan dengan pekerjanya. Sikap pemimpin dengan rakyatnya.

Aku, melalui 2009 dengan satu perasaan dan sikap yang lebih suka memantau. Memantau kerana mahu menjadi seorang anak muda yang tahu menilai dan membuat keputusan dengan lebih tepat. Aku tidak mahu menjadi seorang manusia yang gopoh dalam membuat keputusan, tidak mahu menjadi yang insan yang hanya tahu mengikut arus tapi tidak menggunakan akal fikiran. Aku sentiasa menguatkan semangat agar tidak terikut dengan rentak tari sahabat - sahabat aku dalam kehidupan ini.

Pemerhatian aku daripada kehidupan sebagai seorang lelaki biasa hinggalah kepada isu - isu negara. Daripada masalah sosial anak muda hinggalah masalah SO(sangat)-sial perangai pemimpin negara. Aku suka memerhati dan berharap juga semua anak muda Malaysia dari mat rempit hinggalah ke mat - mat musik jalanan punyai visi yang sama macam aku. Bukan nak kata aku ini patut jadi idola mereka (tolonglah hahaha) tapi jika anak muda Malaysia mempunyai sifat demikian. Hantarlah 1000 wartawan Utusan Meloya sekalipun namun untuk goyah pendapat kami jangan harap. Kau hantarlah 100 makcik joyah yang kuat mengumpat dari kampung mana entah jangan harap kami percaya setiap cerita umpatan yang kamu semua cuba sajikan.

Tahun 2009, aku menyaksikan kebangkitan secara agresif anak muda Malaysia. Agresif yang benar - benar membuka mata aku. Agresif yang menyebabkan semangat lawan aku satu ketika dahulu hampir padam kembali membuak - buak. Siapa sangka tindakan berani beberapa anak muda menyebabkan pihak yang berkenaan terkedu melihat kesungguhan mereka untuk berkumpul kembali walaupun diasak berkali - kali. Aku antara puluhan ribu yang menyertai demo besar Anti ISA. Sumpah sepanjang 11 tahun berjuang dalam gerakan reformasi secara luar (tidak secara rapat pimpinan parti Pakatan)inilah kali pertama aku melihat aksi penentangan yang dahsyat. Berdepan dengan ratusan das tembakan gas pemedih mata dan puluhan kali disembur air kimia FRU, anak muda tetap kembali berhimpun. Seolah - olah tiada satu pun dapat menghalang mereka. Ya, jika dilihat kembali wajah - wajah gagah yang membaling kembali gas pemedih mata kearah FRU, rata - ratanya anak muda yang melepak di jalanan. Anak muda yang ada masanya dicaci dengan kata - kata nista. Anak muda yang dikatakan tidak mahu mengambil tahu masa depan negara. Nah...ketika semboyan perang ditiupkan...BANGKIT ANAK MUDA!!

Tahun 2009 juga membuatkan aku membuka mata dengan lebih luas. Jika dahulu sering kita menganggap Iran sebagai satu contoh negara yang kononnya membela rakyat. Namun setelah didedahkan oleh beberapa teman bahawa mereka sebenarnya sama sahaja dengan Shah Iran, menyebabkan aku mula mencari maklumat kejahatan mereka. Benar, ketika Shah Iran ditumbangkan ratusan masjid Sunni dirobohkan, puluhan aktivis Sunni yang pernah bersama Khomeini dibunuh, aktivis kiri Iran ditangkap dan diseksa. Namun berita ini tidak pernah sampai ke tangan kita kerana ditutup dengan licik namun yang BENAR TETAP BENAR, waris yang menjadi mangsa kekejaman kerajaan Iran yang baru masih hidup dan merekalah yang mendedahkan perkara ini. Perkara ini menjadi lebih sahih apabila melihat kejahatan pemimpin Iran yang membunuh rakyatnya sendiri yang menuntut agar reformasi dilaksanakan. Terbaru ketika 300 rakyat Iran berdemo menuntut reformasi dilaksanakan, 5 orang mati ditembak!!
Kenapa aku beria sangat tulis mengenai Iran? Tujuannya supaya kita jangan seronok sangat melihat kehebatan mereka menentang Amerika. Jangan mudah mengagungkan mereka. Padahal mereka ini penzalim yang menghalalkan tindakan mereka atas nama agama dan Anti-Amerika. Itu belum tuduhan sebenarnya mereka ini juga talibarut Amerika yang membunuh ratusan pejuang Sunni dan kiri ketika Shah Iran ditumbangkan padahal mereka ini sebenarnya yang lebih awal menentang Shah Iran. Bukannya Khomeini. Menahan kakitangan Duta Amerika selama 400 hari hanyalah wayang sahaja untuk mengalih perhatian masyarakat dunia dengan aktiviti membantai aktivisi sunni dan kiri di Iran. Aku berharap, anak muda Malaysia jangan perangai macam sesetengah sahabat aku yang begitu taksub dengan Iran. Sekarang tak tau lah, masih taksub ke tak dengan perangai Ayatullah - ayatullah jahat ini. Guna otak, jangan ikut orang. Ini ciri - ciri anak muda yang COOL.

Tahun 2009 juga menyaksikan budaya sokong secara membabi - buta masih ada di kalangan seorang dua anak muda Malaysia yang perasan cool. Contohnya? Isu ini baru sangat. Isu blogger Kickdefella dengan TG Nik Aziz dan menantunya. Ya benar, TG Nik Aziz ada buat silap. Tidak dinafikan. Namun ketika ada jawatan TG Nik Azizlah tuhan dia, TG Nik Aziz pemimpin agung. Namun apabila dipecat aikkk TG Nik Aziz kena tuduhan kuat wayang. Waktu Kickdefella mula - mula kena siasat dengan SPRM dan dipecat dari jawatan kesayangan dia waktu itu, adalah seorang dua menyatakan sok0ngan. "Salute pada Kickdefella" hahaha nak tergelak aku membacanya. Rata - rata anak muda Malaysia hanya memerhatikan sahaja tindak - tanduk Kickdefella kerana ciri - ciri anak muda Malaysia yang cool tak mudah melompat dan menyatakan sokongan. Kami memerhatikan terlebih dahulu dan jika benar baru aksi penentangan dijelmakan bukannya atas dasar semangat melawan membabi - buta habis semua aksi penentangan disokongnya walhal apa yang dilawan belum tentu benar. Anak muda Malaysia yang baru dan cool tidak punya sikap macam itu. Budaya sokong membabi - buta dan taksub tak kena gaya sudah tidak ada lagi dalam diri mereka!!

Bersambung....

Bangkitlah Orang Asal Di Sarawak

Hari ini darah aku rasa mendidih sangat - sangat. Rasa marah yang membuak sangat - sangat. Rasa mahu menangis membuak sangat - sangat.

Sebab apabila aku membaca kenyataan ketua kaum Penan di Sarawak yang merasa sedih dengan penindasan BN di Sarawak yang merampas tanah nenek moyang mereka secara paksa dan kejam. Tanpa ada rundingan!!

Aku rasa marah, sedih dan menyirap kerana kita yang memperjuang hak semua kaum di Malaysia ada masanya meninggalkan mereka ini. Termasuk aku. Meninggalkan mereka berjuang secara berseorangan. Tapi aku berjanji mulai saat ini selain memperjuangkan kepentingan rakyat bawahan, mereka yang berada di Sabah dan Sarawak juga akan diberikan perhatian sebaik mungkin...

Bacalah kenyataan kaum Penan ini :

Balan Balang, seorang ketua suku kaum Penan mengeluh ketika bercakap mengenai ampangan Murum - satu daripada 12 ampangan mega tersebut - yang bakal dibina di kawasan pemburuan dan perkuburan nenek moyang suku kaumnya.

"Kerajaan ini sangat jahat. Pada masa dulu orang memerangi kami dengan menggunakan kapak atau lembing. Pada hari ini, mereka memusnahkan kehidupan kami dengan hanya menandatangan beberapa keping kertas," katanya.

"Kaum saya tidak mahu meninggalkan tempat kami ini. Kami mahu mati di sini," katanya, yang sebelum ini meredah hutan untuk mendapatkan pertolongan peguam penduduk asal di Miri.

Aktivis hak asasi manusia mahu mengelak berulangnya tindakan pemindahan kira-kira 15,000 penduduk asal dari kawasan Bakun yang tidak gembira hidup di kawasan penempatan baru.

Sumber : Malaysiakini

Bangunlah orang Asal...bangun...lawan sampai titisan darah terakhir!!!

Kaki Bodek Tahap Gampang

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Kerajaan tidak perlu menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya kerana dakwaan-dakwaan oleh Barry Wain menerusi bukunya, Malaysian Maverick.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, rakyat dapat meneliti, menilai dan menghakimi sendiri pentadbiran beliau sepanjang 22 tahun memimpin negara.

Sumber : Utusan Meloya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ni muka pembodek yang MAHA hebat tahun ini.

Aku ingat mula - mula Hishamuddin Hussein rupanya mamat ni.

Aduhai...

Baru nak bagi anugerah pembodek yang berjaya tahun ini kat Hishamuddin.

Takpalah dah dia takdak rezeki, kita bagilah kat mamat bakar jambatan ini.

p/s Benar dia memerintah 22 tahun, tapi tolong jangan jadi BODOH dan memperbodohkan orang Melayu. Sebab dia memerintah 22 tahun, Mahathir perlu disiasat untuk memastikan nama dia bersih. Tolonglah pemimpin Umno....cukup....jangan bodohkan orang Melayu!! Melayu Umno, sudahlah mari berubah. Berapa lama nak diperbodohkan!

Berani kerana benar, takut kerana salah....Mahathir takutkah?

Sabtu, 26 Disember 2009

Kesian PETRONAS dan Rakyat

Kuala Lumpur, Dec 26 — The decision by state oil and gas company Petronas to sponsor the Mercedes Formula One team next season is a blow to the Malaysia-backed Lotus F1 racing team but may have political consequences for Petronas's independent chief executive.

Sumber : TheMalaysianInsider

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku sebagai anak muda memang minat dengan dunia perlumbaan. Tiada sukan yang dapat menandingi keseronokan ketika memandu laju di trek. Keseronokan yang maksimum.

Namun ini tidak bererti aku menghalalkan duit Petronas digunakan sewenang - wenangnya untuk menaja Mercedes dan menaja pasukan F1 Malaysia.

Sudah pasti ratusan juta duit Petronas akan dihilangkan.

Kenapa harus ditaja Mercedes? Satu nama besar permotoran yang harus ditaja oleh Petronas. Kenapa harus ditaja? Sedangkan Petronas mencatatkan keuntungan yang amat teruk tahun ini.

Pasukan F1 Malaysia sudah pasti semua juruteranya terdiri daripada orang - orang putih. Sedangkan ribuan mekanik dan mereka yang tahu membangunkan enjin berada didalam Malaysia. Kenapa harus dibiarkan mereka yang hebat dan berbakat ini dan lebih mempercayai orang - orang putih di mana kita harus membayarnya dengan wang teramat mahal!!

Bukan masanya lagi untuk kita menyibukkan diri dalam kegilaan dunia F1. Jenguk - jenguklah para pelumba tempatan dan mekanik tempatan yang berbakat ini. Bangunkan bakat mereka ini. Jangan disia - siakan.

Wang Petronas sepatutnya digunakan untuk membangunkan ekonomi Malaysia. Bukannya bangunan. Bukannya menaja sana - sini tanpa hala - tuju.

Akibat kegilaan pemimpin Malaysia yang mahu dapat nama secara pantas menyebabkan sekarang keuntungan Petronas mula menurun.

Rakyat? Apa yang tinggal?

Rabu, 23 Disember 2009

2007 Siapakah Menteri Pertahanan Malaysia?



INI CONTOH ENJIN JET YANG TERDAPAT DI DALAM DUNIA



INI KOTAK MANCIS...

Persoalan yang jadi bahan jenaka adalah kerana enjin jet yang begitu besar itu pun boleh hilang dengan alasan tak perasan.

Kalau kotak mancis aku boleh terima sebab kecil. Masuk dalam poket terus hilang.

Ini enjin jet sikit punya besar pun hilang.

Siapa yang jadi menteri pertahanan waktu itu? Najib la sapa lagi.

Kes C4 ada orang jadi kambing hitam. Kes enjin jet pasti akan ada kambing hitam.

Atau pun, kes itu senyap terus.

Buat rakyat Malaysia, macam ini punya kerajaan ke nak pimpin kita?

Penipu je kerjanya.

Selasa, 22 Disember 2009

Enjin Jet Telah Ditemui!!

Sebentar tadi pihak tentera telah menjumpai enjin jet yang hilang. Dua enjin tersebut telah selamat dijumpai.

Namun mengikut sumber terdekat, mereka sebenarnya masih tidak menjumpai enjin tersebut.

Mereka hanya menggantikan enjin tersebut dengan cara yang lebih efisyen.

Minyak jimat, kurang pencemaran bunyi, dan mampu menyerang hendap..



Dijangkakan banyak lagi pesawat negara akan memiliki enjin baru dengan teknologi canggih ini kerana disyaki banyak lagi enjin yang akan hilang.

Sekian...pertahanan Malaysia yang kukuh!!

Ugut Jangan Tak Ugut

Korang semua pernah tengok cerita gangster tak?

Budaya ugut - mengugut sudah menjadi satu kemestian dalam setiap cerita yang melibatkan orang - orang jahat.

Along pun ada buat sama. Tak bayar LU PUNYA ADIK nanti kita hentam.

Dalam Malaysia, sekarang budaya ugut - mengugut ini dah mula jadi ikutan.

Terbaru Raja Petra diugut.

Tak Percaya?

PETALING JAYA: Adalah sesuatu yang natural untuk penulis kontroversi, Raja Petra Raja Kamaruddin dan isterinya Marina bersembunyi di United Kingdom (UK) atau menjadikan negara itu sebagai transit kerana dua saudara perempuannya adalah merupakan rakyat negara itu, demikian menurut beberapa rakannya hari ini.

Sumber : Mstar

Dengan kata lain, "Heyyyyy Raja Petra, balik kamu ke Malaysia, jika tidak anak saudara kamu akan kami kacau hahahaha".

Nampak tak...ugut cara macam ini tujuan menakutkan Raja Petra supaya Raja Petra rasa bersalah kalau anak saudaranya akan dihendap - hendap oleh mereka yang tak bertamadun ini.

Dari Stadium ke Jambatan, Sekarang Terminal Bas

Hari ini, aku minta semua penyokong Umno tolong buka mata luas - luas. Cuba jangan terlalu taksub dengan Umno tu. Pengundi yang tiada parti macam aku ini, minta cuba buat perbandingan.

Dulu, stadium di Terengganu runtuh. Kecoh bagai nak rak kononnya nak tahan kontraktor yang membina stadium tersebut. Namun hingga ke saat ini, tiada satu tangkapan dan dakwaan pun dilakukan. Terus senyap sahaja isu tersebut. Umpama kejadian stadium runtuh tersebut tak pernah berlaku. Umpama stadium yang runtuh itu berlaku di negara jiran. Umpama stadium tersebut hanyalah cerita dongeng zaman dulu-kala. Buat penyokong Umno dan pengundi muda yang tak berparti macam aku ini, cuba kita tengok dan renung dalam - dalam (penyokong Umno kena lagi dalam) kenapa siasatan terhadap kes stadium runtuh ini tak pernah dibuat. Hingga ke saat ini. Senyap membisu!!


Selang beberapa bulan, timbul pula isu jambatan runtuh. Macam biasa, kerajaan telah menjanjikan untuk menyiasat kontraktor - kontraktor yang terlibat dalam pembinaan tersebut. Bn ambil masa terlalu lama sedangkan Pakatan Rakyat hanya mengambil masa dua minggu untuk mendedahkan siapa yang terlibat dalam pembinaan tersebut. Bn janji nak siasat. Macam biasalah, tunggu punya tunggu satu dakwaan pun tidak dibuat. Janji tinggal janji. Nyawa anak - anak Malaysia macam tidak bernilai. Kalau nyawa itu bernilai dan mengkayakan pimpinan Bn, sudah pasti kontraktor yang bertanggungjawap akan disoal - siasat. Lagi sekali aku minta kita semua fikir dalam - dalam, kenapa kontraktor - kontraktor ini tidak disiasat?

Nah sekarang bumbung Terminal Bas di Terengganu pula yang roboh. Setelah kita puas menunggu dua kes terawal ini KONONNYA akan didakwa, masihkah kita mahu menunggu Barisan Nasional akan menjalan siasatan dan terus menjalankan dakwaan kepada mereka yang bertanggungjawap? Tidak..tunggulah selama mana yang kita mampu. Mereka akan terus menipu kita dengan janji - janji manis. KAMI AKAN TANGKAP MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAP, MEREKA AKAN DIDAKWA, MEREKA HARUS BERTANGGUNGJAWAP...Ini semua bangsat!! Bangsat!! Kata - kata yang keluar dari mulut si penipu yang terus - menerus menipu kita!!

Persoalan yang harus kita renungi, KENAPA KONTRAKTOR - KONTRAKTOR INI TIDAK DIDAKWA?

AKU DENGAN YAKIN...KONTRAKTOR - KONTRAKTOR INI ADALAH KRONI MEREKA. KRONI YANG TAK PANDAI BUAT KERJA TERUS SUB KEPADA KONTRAKTOR LAIN.

SEBAB ITU KENAPA KITA HARUS MENENTANG KERAJAAN YANG MEMENTINGKAN PERUT KRONI DARI KESELAMATAN RAKYAT!!

RENUNG DALAM - DALAM!! JANGAN TERTIPU DENGAN PENIPUAN PUAK - PUAK KAKI KELENTONG NI!!

Isnin, 21 Disember 2009

Sibuk Kacau Ceramah PR, Enjin Jet Hilang Tak Sedar

Kerajaan tidak berhasrat menutup kes kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharga RM50 juta, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia di Putrajaya hari ini.

Sumber : Malaysiakini

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dulu ingat lagi, ada la seorang dua mangkuk hayun kata, "Polis Malaysia terbaik di Asia"

Hahahahhahaa..korang tak nak gelak ke?

Hoi...ni enjin jet ni bukannya besar mancis..besar banglo 2 tingkat kat area Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.

Adoi...makin risau kita dibuatnya.

Dahla harga barang nak naik, keselamatan kita pun tak terjaga.

Apa kaitan enjin jet hilang dengan keselamatan diri kita?

Ya la, kalau enjin jet yang sebesar - besar tu pun tak boleh dijaga...inikan pula keselamatan rakyat?

Apa sebab kita jadi macam ini? Sebab...bila ada kes besar pasti kerajaan akan buat ambil tak peduli...cuba melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat...sepantas kereta F1...laju...terus datang siasat..datang masuk rumah..siasat..pukul...mati!!

Siasatan terpilih..

p/s lain kali hangpa jangan suka sangat halang ceramah PR...tu berlambak lagi kes besar yang hangpa kena selesaikan...mangkuk!!! bak kata P.Ramlee...nahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Rakyat Makin Lama Makin Tertindas

Aku tak nak bicara soal demokrasi, hak bersuara, hak bebas berhimpun sebab sudah ramai yang akan membincangkan perkara tersebut.

Hari ini aku nak menulis secara ringkas mengenai hak kehidupan rakyat yang semakin lama semakin tertindas.

GST atau Akta Tambahan Cukai akan diperkenalkan tahun 2010. Makna kata lain, kita sebagai pengguna akan dipaksa membayar lebih jika mahu membeli barangan dan perkhidmatan.

Cuba kita renung balik khasnya pekerja swasta dengan gaji yang rendah, mampukah kita membeli - belah dengan hati yang tenang. Mahukah anak muda khasnya yang bujang ini mahu membeli nasi goreng dengan harga RM5.00 dengan gaji yang masih tidak berganjak dari 3 tahun dahulu. Alasan yang diberi oleh kerajaan kerana mahu membangunkan negara. Walhal negara sudah tidak punya wang. Petronas sudah mula mencatatkan keuntungan yang tidak memberangsangkan. Puncanya kerana kerajaan yang diperintah oleh Umno boros berbelanja. Mereka hanya tahu membangunkan bangunan bukannya ekonomi!! Hasilnya kita rakyat dipaksa membayar cukai yang tinggi. MEREKA SUDAH UMPAMA PENJAJAH BRITISH!!

Sekarang saham - saham GLC akan dijual kepada pihak luar yang mampu membelinya. GLC fungsinya dahulu untuk menguntungkan dan mengkayakan negara ini. Walaupun dibantah sesetengah pihak kerana sudah pasti harga barang akan naik namun setiap keuntungan itu akan masuk ke kantung wang negara. Tapi jika GLC ini dijual sudah pasti setiap keuntungan yang dikecapi tidak masuk ke kantung negara. Jadi kenapa mereka menjualnya? Kerana negara sudah tidak punya wang. Jika menjual GLC ini, negara akan memperolehi duit dalam jangka masa pendek. Jangka masa panjang? Rakyat yang menderita. Harga barang sudah pasti akan dimaksimumkan.

Jadi aku nak tanya pada semua orang....masihkah kita mahu memilih kerajaan macam ini?

Memang betul rakyat yang menentang mereka dahulu mengatakan "BN - Barang Naik!!"

Khamis, 17 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Saya dengan rendah hati mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di negara ini.

Hijrah bererti beralih daripada keburukan kepada kebaikan.

Renung diri kita balik apakah kita sudah berhijrah?

Mahukah kita terus terkongkong dengan mereka yang selama ini menjajah kita?

Ubahlah..

Sahutlah cara dakwah Rasulullah s.a.w. Berubah dari keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik.

Daripada semangat perkauman yang tebal kepada semangat perpaduan yang tebal.

Jangan menindas orang - orang lain.

Dan yang paling penting...Tukar kerajaan yang zalim ini.

Rabu, 16 Disember 2009

Tahniah Dr Syed Hussin Ali

Ini gambar yang saya dapat daripada Tian Chua menerusi tweetphoto beliau.

Seorang pejuang yang akhirnya suara beliau akan berkumandang di dalam dewan yang gemilang.

Tahniah Pejuang Rakyat Dr Syed Hussin..


Gentleman Takdak Dalam Kamus BN

KUALA LUMPUR, Dec 15 — Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia today criticised the Pakatan Rakyat for taking advantage of absent Barisan Nasional lawmakers, and trying to defeat the Budget 2010 last night.

Sumber : TheMalaysianInsider

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat anak - anak muda Malaysia, berani dan gentleman memang takdak dalam kamus perjuangan orang Bn. Siapa suruh ahli parlimen Bn tak datang perbahasan. Lain kali datang la.

Ni semua cubaan mengalihkan perhatian rakyat. Perhatian yang macam mana? Perhatian dari rakyat yang berkata - kata "Aik, mana pegi wakil rakyat Bn yang ramai tu. 66 orang ja?"

Jadi si Pandikar ni pun alihkanlah perhatian rakyat. Buat - buat kata Pakatan Rakyat ini suka ambil kesempatan hahahahhaha...

Bn memang suka bodohkan rakyat. Motif dia jangan bagi rakyat tahu yang dorang ni tak pandai mentadbir. Sibukkan dengan isu - isu remeh - temeh yang tak penting pun sebenarnya.

Isnin, 14 Disember 2009

Poket Berlubang Rakyat Berang

Rasuah, penyelewengan kuasa, kronisme, nepotisme dan apa sahaja yang negatif dalam kepimpinan Malaysia akan dipandang hina oleh masyarakat. Namun apa sahaja isu sahaja yang dibangkitkan tanpa mengaitkannya dengan ekonomi, rakyat pasti akan memandang sepi isu tersebut. Penindasan yang kena pada batang tubuh sendiri pasti akan menimbulkan penentangan.

Ketika Mahathir mula memerintah negara apa sahaja perkara yang dibuat walaupun kekayaan negara digadai sehabis - habisnya namun rakyat masih lagi hidup selesa, bagilah 1000 Anwar Ibrahim sekali pun belum tentu dapat menggoyangkan kekuasaan yang ada ditangannya. 1998 merupakan kemarahan rakyat kerana Anwar Ibrahim yang dianggap pembela rakyat miskin dizalimi dan difitnah dengan dahsyat oleh Mahathir. Maka penentangan bermula. Manusia yang dianggap payung oleh rakyat Malaysia apabila ditindas sedemikian, maka penentangan terhadap Mahathir mula tercetus. Kerana apa? Kerana manusia hanya bangun apabila kepentingan diri sendiri itu tergugat. Bunyinya macam merendahkan martabat manusia. Tetapi itulah hakikatnya. Lihat saja gerak kerja manusia agung yakni Nabi Muhammad s.a.w, ketika mendapat perintah dari Allah s.w.t untuk memulakan dakwah agama Islam baginda menumpukan hamba abdi yang ditindas umpama haiwan oleh kaum kafir Quraisy ketika itu. Hasilnya gerak - kerja Muhammad s.a.w mendapat sokongan padu. Puncanya kerana Rasulullah s.a.w cukup bijak dalam menyebarkan dakwah kepada golongan mereka yang memerlukan perhatian akibat penindasan kejam oleh puak Jahiliyah.

Penindasan, merupakan kata kunci untuk menundukkan sesuatu rejim. Penindasan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Dari sudut penderaan fizikal sampailah poket kita berlubang (maknanya duit dah tak ada). Sekarang kita bakal melalui penindasan ekonomi. Dahulu Pak Lah punca kepada keegoan BN ditundukkan oleh rakyat akibat daripada kegilaan barangan keperluan naik mendadak. Maka dengan kebijaksanaan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat menggunakan isu tersebut untuk mendapat undi daripada rakyat Malaysia yang berada di atas pagar. Hasilnya? Bn yang selama ini terkenal dengan egonya jatuh terduduk.

Sekarang ini Bn dilihat seolah - olah tidak pandai mentadbir ekonomi negara. Kalau kita ini cerdik sudah pasti kita dapat melihat bagaimana mereka memainkan isu perkauman untuk mengelakkan pandangan rakyat daripada melihat mereka ini tidak pandai mentadbir. Lihat sahaja bagaimana mereka cuba membangkitkan kemarahan rakyat dengan isu dana yang tidak cukup untuk rumah ibadat bukan Islam. Siang malam mereka cetuskan dengan harapan orang Melayu dan bangsa lain sibuk dengan isu yang sepatutnya tidak timbul. Puncanya agar rakyat jangan cuba - cuba mengintai kelemahan mereka mentadbir negara khasnya ekonomi.

Pernahkah kita tahu, bahawa tahun depan dijangka kita akan dipaksa membayar cukai tambahan yang dipanggil GST. GST hanyalah satu istilah untuk membodohkan kita. Tujuannya supaya akta baru ini tidak menjadi punca kejatuhan mereka yang lebih teruk pada PRU yang akan datang. Najib tahu jika kita yakni rakyat mula tahu tembelang jahat dia, maka kuasa yang ada di tangan dia akan hilang. Sebab itulah dia cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan isu - isu yang remeh kerana dia yakin rakyat akan terikut sama rentak tari sumbang dia.

Jika tanya kepada aku, aku lebih suka biar akta ini berjalan ikut jadual. Orang pasti kata gila, ya memang gila. Idea ini memang gila. Bila akta ini berjalan dan rakyat mula rasa susahnya lagi mudah kita membelasah rejim Najib-Rosmah. Baru mereka sedar dan faham kenapa kita membantah akta ini dilaksanakan dari mula. Jika tidak sampai ke sudah akta ini tidak akan difahami malah ada yang menyokong akta ini dilaksanakan. Jika disorot kembali kenaikkan harga minyak apabila beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan puluhan ribu rakyat yang membantah kenaikkan harga minyak ini, ada juga yang menyokong kenaikkan tersebut. Namun apabila perkara - perkara yang ditakuti iaitu kenaikkan secara mendadak harga barang barulah mereka sedar bahawa mereka sedang ditindas. Maka hampir tumbanglah kerajaan Bn.

Hari ini, poket rakyat bakal kering, bakal koyak, bakal hidup dalam kesempitan akibat kegilaan pimpinan Barisan Nasional yang mahu membangunkan bangunan bukannya mahu membangunkan ekonomi. Akibat kegilaan Mahathir yang boros membelanja duit Petronas nah sekarang selepas dia berhenti kita pula yang menanggung derita. Wang Petronas tidak disalurkan dengan tepat. Tumpuan kepada pembangunan yang tidak seimbang. Rasuah disana - sini. Pembaziran secara mega dilakukan. Sekarang akibat wang Petronas yang semakin mengecil dan kekurangan wang untuk membangunkan negara maka rakyat yang menjadi mangsa. GST dikenalkan. Semua harga barang akan naik. Kita di mana gaji masih rendah terpaksa menanggung derita. Jika yang tidak cukup imannya jalan pintas dipilih iaitu melakukan jenayah.

Soalan kepada rakyat Malaysia yang masih tidak sedar - sedar, kenapa gusar untuk berubah. Fikirlah masa depan anak - anak muda Malaysia. Fikirkan siapa yang mampu mentadbir negara ini dengan baik bukannya melihat siapa juara isu Ketuanan Melayu yang semakin lapuk. Renung dalam - dalam.

Buat anak muda Malaysia, bersiap - sedia. Jika ada semboyan untuk kita bangun membantah akta ini ayuh kita turun seramai mungkin.

Buat Bn...awas...amarah rakyat akan memuncak jika Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan. Tunggu sahaja hukumannya.

HIDUP RAKYAT!!

Selasa, 8 Disember 2009

Mentaliti Anak Muda (2)

Anak muda mentaliti mereka pantas. Teramat pantas adakalanya terbabas. Tapi dalam dunia sekarang, siapa yang dapat menyampaikan maklumat dengan pantas kepada anak muda maka dialah juara. Mereka yang lambat menyampaikan maklumat mereka akan terus tertinggal.

Dalam politik yang sedang menuju ke sistem dua parti, kepantasan dalam menyebarkan informasi atau maklumat amat penting. Kepantasan itu umpama perlumbaan drag 400 meter. Siapa yang dapat sampai ke garisan penamat dialah juara. Juara yang bakal merebut hadiah yang teramat lumayan. Jika di Sepang harganya mencecah ribuan tapi dalam alam politik harganya dapat mentadbir satu negara.

Pakatan Rakyat harus pantas menyebarkan maklumat. Jangan lambat menyebarkan maklumat. Bn mereka bersenang - lenang kerana semua media perdana bersama mereka. Sekali mereka berbicara 27 juta rakyat Malaysia akan mendengarnya (walaupun tak semua yang percaya). Pakatan Rakyat dalam keadaan yang cukup terhad penggunaan medianya harus sentiasa aktif dan kreatif dalam memikirkan bagaimana kita mahu menyampaikan sesuatu isu atau maklumat dengan pantas.

Aku sengaja memberikan contoh perlumbaan drag kerana inilah adalah satu - satu sukan yang diminati oleh anak muda sekarang. Satu sukan yang dapat menghimpun puluhan ribu peminat perlumbaan ini. Tujuannya hanya satu, siapa yang paling pantas menuju ke garisan penamat. Siapa yang cekap membawa jentera yang mempunyai kuasa yang menakjubkan ke garisan penamat dan siapa di belakang tabir sesuatu jentera itu.

Pakatan Rakyat, kuasanya sekarang boleh dikatakan besar. Sokongan padu anak muda Malaysia kepada gabungan ini cukup kuat. Hasilnya Pakatan Rakyat umpama satu jentera lumba drag yang baru tiba ke litar akhirnya secara tiba - tiba mendapat kemenangan yang bergaya walaupun bukan juara keseluruhan. Sebuah jentera yang selama ini dipandang lekeh dan dipandang rendah telah memberi satu kejutan yang mantap. Sokongan yang selama ini ada akhirnya telah dijelmakan dan akhirnya beberapa negeri tumbang.

Nah, itu cerita tahun lepas. Tahun manis buat Pakatan Rakyat. Tahun yang menyebabkan Bn murung seketika. Namun sekarang anak muda melihat siapakah yang mampu menerajui sokongan yang teramat padu ini. Siapakah yang mampu jentera yang mempunyai kuasa kuda 1000hp? Masihkah kita ingat PRK Manik Urai, pengarah pilihanraya PRK waktu itu mengatakan anak muda mudah disogok dengan janji manis BN? Ketika kalah anak muda dikeji sehabis - habisnya. Ketika menang hanya pujian yang lebih kurang sahaja. Anak muda menyatakan protes kepada sesetengah pihak agak jangan berselingkuh dengan Umno. Caranya...hukum mereka di Pilihanraya agar jangan sesekali berunding dengan Umno. Anak muda waktu itu melihat mampukah Pakatan Rakyat memandu sokongan kearah baik namun malangnya ada segelintir pihak gagal memahami inspirasi rakyat. Maka hasilnya jentera Pakatan Rakyat hampir tewas.

Sekarang Bn pasti sedang sibuk menyediakan jenteranya yang sudah lapuk ditelan zaman. Cuba menambah dengan meletakkan alat - alat tambahan baru. Anak muda melihat dengan penuh minat. Tapi minat mereka masih tetap kepada jentera Pakatan Rakyat. Mampukah Pakatan Rakyat mengekalkan rekod kemenangan bergaya dan menjadi juara keseluruhan perlumbaan ke-13 nanti? Terima kasih kepada mereka yang benar - benar mahu melihat Pakatan Rakyat menjadi juara baru. Aku dan majoriti anak muda Malaysia yang KONONNYA MUDAH DISOGOK melihat dengan penuh minat langkah Pakatan Rakyat yang sedang cuba meningkat imej mereka. Terbaru usaha menguatkan pakatan tersebut dengan mengadakan Konvesyen Pertamanya di Selangor. Anak muda melihat kesungguhan jentera Pakatan Rakyat yang mahu menang pusingan seterusnya telah mencetuskan satu keyakinan yang teramat tinggi. Anak muda semangat semakin lonjak naik. Jentera buruk yang selama ini memegang rekod kemenangan yang cukup lama seharusnya diajar dan tinggalkan litar perlumbaan ini. Kamu semua sudah menjadi bahan muzium bukannya berlumba lagi. Terus - terang aku katakan jika beginilah sikap yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dan kesungguhan begini yang ditunjukkan percayalah dengan izin Ilahi, PRU seterusnya Bn hilang terus. Tapi dengan syarat jangan sesekali meminggirkan kuasa anak muda. Jangan sakiti hati anak muda dengan kata - kata nista. Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais, TG Nik Aziz, mereka menunjukkan penghargaan kepada anak muda. Tidak pernah mereka menyerang anak muda, yang menyerang anak muda kerana mentaliti mereka masih PURBA...teramat PURBA. Mereka lupa kemenangan yang mereka kecapi selama ini hasil daripada perubahan undi anak muda Malaysia.

Namun untuk menyediakan jentera yang berkualiti dan kuat bukannya mudah. Pakatan Rakyat harus sentiasa kelihatan segak dan gagah kerana dengan kelihatan sebegitu, sokongan pasti tidak akan berubah. Anggap saja kemenangan tipis di Manek Urai dan kekalahan di Bagan Pinang sebagai adat dalam perlumbaan. Pakatan Rakyat mungkin akan menyertai perlumbaan di Kota Seputih. Itu pun kalau pencacai Umno iaitu SPR tidak berjaya dalam rayuannya. Jika ada sertainya dan berlumbalah dengan sungguh - sungguh. Kenal pasti kerosakan kecil dan baikinya. Ingat, anak muda perhatikan tingkah - laku kalian semua. Jangan ingat kami hanya tahu berseronok dan berpesta sahaja. Kami sentiasa mengambil tahu cuma tidak mahu menunjukkannya. Macam aku beritahu artikel dahulu jika semboyan ditiupkan, jangan risau kami akan turun dan bertempur dengan gayanya. Ini janji anak muda cuma buat masa sekarang, sila tunjukkan kesungguhan dalam berjuang.

Jika tidak, dengan berat hati Bn pasti akan menang kembali. Memberi kemenangan kepada Bn bukan bererti Bn bagus, tapi hanya memberi sedikit pengajaran kepada segelintir pemimpin PR agar jangan perangai macam mereka dan menyakitkan hati supaya pusingan seterusnya mereka akan berubah.

Ingat Pakatan Rakyat umpama sebuah jentera perlumbaan drag. Jika kuasanya hilang maka kekalahan yang dialaminya. Pasukan Pakatan Rakyat jika sentiasa lupa daratan maka jangan terkejut jika peminat anda semakin berkurangan. Jika pemandu yang bagus yang memandu jentera Pakatan Rakyat ini tiada dan tiada penggantinya pula maka jentera ini akan terus tertinggal pada gear pertama lagi.

Ingat, persembahan anda merupakan kunci kepada kejayaan semua ini. Drag Racing atau perlumbaan drag jika salah satu ini tiada jangan harap kemenangan anda yang bergaya anda kecapi. Begitu juga PRU..........

TEPUK DADA TANYA SELERA...HIDUP ANAK MUDA!!

Awas..Dia Hampir Kembali


Anda kenal siapakah ini? Ya Halim Saad...

Kroni kuat Mahathir...peneraju asal Renong dan UEM..

Dia telah kembali....

Apa buktinya..

Ingatkah kita rundingan untuk membeli permata syarikat Kumpulan UEM Berhad iaitu PLUS?

Ya, usaha itu sedang rancak dilaksanakan...buktinya..

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd disposed of 92.038 million shares of PLUS EXPRESSWAYS BHD [] in late November, as part of the overall government's move to reduce its stakes in government-linked companies.

Filings with Bursa Malaysia showed Khazanah sold 13.389 million shares on Nov 20 and another 78.648 million shares on Nov 25.

The recent disposals saw its total shareholding reduced to 57.9% or 2.894 billion shares.

Meanwhile, the Employees Provident Fund Board acquired 2.5 million PLUS shares on Nov 12 and 13 from the open market, increasing its stake to 12.5% or 624.54 million shares.

Sumber : The Edge Malaysia

Persoalannya kepada siapa saham itu dijual...

Jangan sampai kita kena bayar tol selama - lamanya...

Itu saja!!

Isnin, 7 Disember 2009

Mentaliti Anak Muda (1)

Aku syukur kehadrat Ilahi, kerana mengizinkan aku melalui usia muda. Usia muda yang aku akan gunakan sehabis - habisnya. Dari keseronokan hidup hingga cubaan merapatkan diri pada yang Esa.

Aku tidak mahu menjadi mat belia 4B, mat skema, mat perasan intelek. Aku nak jadi anak muda yang cool. Ya, ada pernah pengomen memberi komen "Tak tinggal solat lagi cool," apa pun terima kasih kerana saling mengingati.

Apa yang cool?

Cool dalam bahasa Inggeris, tapi dalam makna bahasa Melayu pasar adalah gempak. Gempak yang macam mana. Ramai anak muda sekarang sering dituduh tidak mempunya idealisma perjuangan. Kena tuduhan hanya tahu berseronok, tak nak ambil tahu hal isu semasa dan macam - macam lagilah.

Tapi ada tak orang ambil tahu yang kaki seronok, yang konon tak nak ambil tahu keadaan sekeliling inilah apabila ada demonstrasi besar merekalah yang berada barisan hadapan. Yang membaling semula kanister gas pemedih mata adalah mereka. Ada tak orang ambil tahu, semasa pilihanraya umum 2008, pengundi mudalah yang memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.

Anak muda sekarang adalah generasi baru. Bukan zaman 70an. Anak muda sekarang mengambil sikap tunggu dan lihat. Apabila sesuatu isu itu dilihat tidak adil kepada masyarakat dan perlu disuarakan dengan lebih keras, jangan risau. Kami akan membantah sekeras - kerasnya. Tidak perlu kata nista berbagai. Apabila semboyan lawan ditiup, datanglah 1000 FRU sekali pun kalau kami nak hadap, kami hadap!

Aku masih ingat lagi, semua orang risau melihat gelagat anak muda sebelum PRU 2008. Ada yang keluarkan kata - kata "Susah nak menang ni", "Nurul Izzah kalah", "Tak boleh menang, budak - budak muda tak ramai datang tolong kita". Tapi apabila keputusan diumumkan. Semua terbelalak biji mata. Sokongan padu dari anak muda benar - benar mengejutkan semua pihak. Siapa sangka dilihat tidak bermaya namun apabila disuruh membuat keputusan, semua orang terperanjat.

Mentaliti anak muda sekarang bukan boleh diukur semata - mata dengan penglibatan secara serius dalam perjuangan. Mentaliti anak muda bagi aku, adalah mentaliti yang sukar dibaca. Anak muda sekarang lebih berminat membaca dan menganalisa sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Anak muda tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu isu tanpa usul periksa (khasnya yang atas pagar, yang dah memang hardcore PR atau BN takyah cakap la).

Aku ada masa tertanya - tanya, kenapa blog tukartiub cukup popular. Sudah menjadi satu blog yang cukup klasik. Kenapa blog PerakExpress sudah menjadi salah satu blog yang menarik perhatian ramai anak - anak muda. Sebabnya kedua - dua blog ini membicarakan sesuatu isu dengan penuh santai. Mudah difahami tambah - tambah kalau dalam blog PerakExpress Mat Saman Kati yang menjadi salah satu penulis didalam blog tersebut, tulisan beliau sering ditunggu - tunggu. Kenapa? Sebab tulisannya apabila mengulas sesuatu isu cukup mudah dan cerita - cerita pengalaman hidup beliau menyebabkan setiap penulisan beliau begitu dekat dengan anak muda. Begitu juga TukarTiub a/k/a Hishamuddin Rais. Penulisan beliau ketika mahu membalas isu - isu semasa teramat mudah. Bahasa yang gempak, cool, segar dan tidak terikut dengan rentak sesetengah blogger. Maka itulah menyebabkan blog TukarTiub paling popular dikalangan anak muda.

Ramai kawan - kawan aku menjadi pembaca setia blog TukarTiub dan mereka dahulunya menyokong BN telah mula mengalih sokongan kepada PR kerana PR dilihat buat masa sekarang membela rakyat. Sebab TukarTiub cool atau gempak. Semua isu dia jawap. Politik sampailah ke Beyonce (hahaha). Maka anak muda senang dengan dia. Apabila senang maka semua isu - isu yang diberi oleh BN dapat dibuang jauh - jauh oleh anak muda. Anak muda sekarang melihat siapa yang mampu memberi hujah dengan lebih baik. Tidak perlu sangat kata - kata retorik semata - mata.

Tanyalah kepada anak muda yang tinggal di bandar - bandar besar, apakah mereka hanya menerima bulat - bulat setiap isu yang dibangkitkan? Tidak...tidak sama sekali. Lihat sahaja kes blogger Kickdefella yang dipecat akibat dituduh penyalahgunaan kuasa. Ada sebahagian blogger yang dengan senang hati tanpa usul periksa memberi sokongan padu pada Kickdefella. Nah sekarang mereka yang menyokong Kickdefella terdiam kerana sudah melihat keghairahan blogger berkenaan menyerang TG Nik Aziz. Tidak salah mengkritik, tapi apabila jawatan sudah hilang, gaji sudah tiada maka serangan bertali - arus terhadap TG Nik Aziz dilancarkan. Ini serupa kes Ezam dan rakan - rakan. Tiada tempat di dalam PKR maka serangan terhadap Anwar Ibrahim dilancarkan. Semuanya sama.

Mentaliti anak muda sukar dibaca tapi senang untuk difahami. Mereka tidak mudah terpengaruh dengan isu - isu sensasi semata - mata. Mereka menganalisa dengan cara yang paling mudah dan paling senang. Ketika isu kerajaan Perpaduan dibangkitkan, mereka masih diam dan meneliti setiap hujah yang diberikan oleh pihak yang menyokong dan menentang kerajaan perpaduan. Apabila dillihat hujah yang diberikan oleh pro kerajaan perpaduan begitu lemah maka cadangan kerajaan perpaduan ditentang habis - habisan. Maknanya apa? Anak muda sekarang tidak mudah meloncat. Jika ada isu yang mahu dibangkitkan, sila kemukakan hujah dengan baik dan penuh dengan fakta. Itu sahaja. Teramat mudah.

Bersambung........

Sabtu, 5 Disember 2009

Anak Muda Harus Protes Akta Cukai

Semalam saya mendapat pesanan ringkas daripada seorang sahabat yang berbunyi :

"Idea demo tahun 2010 GERAKAN ANTI CUKAI BARANG. Ini pasti idea yang hebat.Sila fikirkan. tq"

Pesanan ringkas daripada seorang sahabat yang mempunyai blog yang cukup ternama. Blog yang menjadi ikutan ramai anak muda Malaysia.

Saya bersetuju dengan idea beliau. Ini isu yang perlu dibesarkan. Biar rakyat tahu mereka sekarang sedang cuba ditipu dan ditindas. Kerajaan cuba memperbodohkan orang Melayu dengan menggunakan istilah GST.

wahai orang Melayu

GST = AKTA CUKAI NAIK

Ingat yang itu...mereka akan bagi kamu semua istilah yang susah untuk difahami. Walhal itulah niat mereka. Untuk menaikkan cukai. Cukai yang mengkayakan beberapa pemimpin.

SEBAGAI ANAK MUDA,

PROTES AKTA CUKAI BARU INI!!!!!


Jumaat, 4 Disember 2009

Tinggal Apa Lagi Untuk Rakyat

Dahulu Pak Lah yang bersifat lembut dalam memerintah (walaupun ada tangkapan ISA dilaksanakan), gagal mendapat sokongan padu oleh rakyat kerana rakyat terkesan dengan kenaikan harga minyak dan barang yang melampau.

Sekarang sudahlah corak pemerintahan yang kasar, harga minyak naik. Dulu janji RON 95 RM1.75 tetiba naik RM 1.85. Harga gula bakal naik. Harga tambang teksi naik, tambang tu tambang ni. Semua naik.

Terbaru kerajaan Najib telah memperkenal sistem cukai baru. Cukai barangan. Apa itu cukai barangan. Setiap perkhidmatan dan barangan akan dikenakan cukai. Dalam erti kata lain, apa sahaja perkhidmatan yang disediakan lepas ini akan dikenakan cukai. Harga barang - barang yang ada dalam Malaysia akan dikenakan cukai.

Harga barang pasti naik mendadak. Harga perkhidmatan pasti naik.

Tinggal apa lagi?

Gaji rendah...suruh pekerja swasta kerja kuat. Namun gaji tetap rendah.

So...UNDILAH LAGI BARISAN NASIONAL!!

Khamis, 3 Disember 2009

Himpunan Menyokong TG Nik Aziz


Saya menyeru anak - anak muda Kelantan, turun secara beramai - ramai. Raikan hari bersejarah ini.

Jadikan Kota Bahru dipenuhi dengan lautan manusia.

Mereka minta 10,000, kita beri 100,000 rakyat.

Ini adalah salah satu cara untuk kita menaikkan semula gerak-kerja kita mempertahankan benteng terakhir kuasa rakyat. Benteng terakhir bagaimana adilnya Islam memerintah.

Perhimpunan akan menyebabkan semangat kita menjulang naik.

Maka berhimpunlah...datanglah...

Tunjuk kepada Zionis Umno...kamu datang 500 orang, kami balas 100,000 rakyat!!

Selasa, 1 Disember 2009

Gerak Kerja Runtuhkan Ikon Pakatan Rakyat

Gerakkan meruntuhkan ikon - ikon penting dalam Pakatan Rakyat sebenarnya bermula sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya memerintah beberapa buah negeri. Mereka hanya berjaya menjahanamkan pemerintahan yang adil dan saksama di Perak. Perak diserang kerana tidak mahu imej PAS yang semakin positif dimata rakyat akan menjadi satu gelombang baru di dalam sejarah politik Malaysia. Nizar bersama kepimpinan yang bukan Muslim berjaya membentuk satu kesepakatan yang cukup baik. Maka bagi Zionis Umno, ini perlu cantas terlebih dahulu. Maka berjayalah mereka dengan harapan rakyat akan lupa sejenak akan keadilan yang diberikan oleh Nizar kepada rakyat negeri Perak. Namun mereka tetap tidak berjaya, PRK Bukit Gantang telah membuktikan rakyat tetap bersama Pakatan Rakyat dan hasilnya PR menang dengan majoriti yang cukup tinggi. GAGAL!!

Kedah pula usaha untuk memastikan kerajaan dibawah pimpinan Ustaz Azizan diruntuhkan juga berjalan. Mereka cuba membeli beberapa ADUN yang bukan Muslim. Mereka mahu ADUN yann bukan Muslim keluar dari PR dan mengeluarkan kenyataan Ustaz Azizan bersifat perkauman. Namun tetap tidak berjaya. Maka cubaan demi cubaan dilaksanakan sehingga memaksa bekas ADUN Bukit Selambau meletakkan jawatan. Maka PRK Bukit Selambau diadakan, hasilnya rakyat menghukum Bukit Selambau sekeras - kerasnya. Zionis Umno termenung, maka untuk memastikan ada juga ADUN yang melompat maka dibelinya ADUN Lunas yang benar - benar dibela oleh Zulkifli Noordin. Ya, berjaya namun impaknya kurang dan langsung tidak berkesan.

Pulau Pinang, usaha mengadakan rusuhan kaum di sana gagal!! Ketika Lim Guan Eng mengumumkan mahu memansuh DEB yang dilihat korup. Ratusan ahli - ahli Zionis Umno berhimpun. Tapi yang hairannya, apabila Najib menghapuskan DEB, haram mereka tidak berdemo. Memang perangai Yahudi!! Guan Eng dilihat penyatu bangsa Melayu, Cina dan India. Ketika Guan Eng mengumumkan elaun ustaz KAFA dinaikkan, imej beliau naik mendadak. Ketika Guan Eng bersungguh - sungguh mempromosikan produk halal, imej dikalangan peniaga Muslim meningkat naik. Maka Umno berpendapat, Guan Eng harus dimusnahkan. Imej mesra Muslim harus dilumatkan. Maka mereka berdemo dengan mengatakan Guan Eng tidak cekap mentadbir. Isu kampung Buah Pala dimainkan, padahal tanah itu dijual masa zaman kerajaan BN lagi. Namun usaha mereka tetap menemui jalan buntu. Imej Lim Guan Eng tetap segar.

Selangor, ibu segala perancangan jahat sedang dilaksanakan. Kerja - kerja keji yang dirancang oleh Khir Toyo telah berjaya dipatahkan dengan bergaya sekali oleh Khalid Ibrahim. Khir Toyo tuduh Khalid rasuah. Nah, Khalid berjaya membuktikan Khir Toyo bapa segala rasuah dalam Selangor. Isu babi, kuil Hindu dan kepada lembu, dan bermacam - macam lagi telah dilaksanakan oleh Zionis Umno. Niat mereka, mahu imej Khalid Ibrahim yang telah cuba meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor harus dicincang lumat - lumat. Khalid Ibrahim dituduh pengkhianat Melayu. Namun si pengkhianat inilah yang menaikkan juga elaun guru KAFA dimana zaman Khir Toyo jangan mimpilah. Usaha membeli ADUN juga rancak dibuat. Maka melompatlah ADUN Perlabuhan Kelang. Namun melompatnya ADUN tersebut dengan alasan percaya DSAI meliwat satu kesilapan besar. Rakyat yang sekarang ini rata - rata tidak percaya fitnah bangsat ini hanya memandang sepi melompatnya ADUN tersebut. Serangan terhadap Selangor dijangka berterusan dari masa ke masa.

Usaha meranapkan kegemilangan Pakatan Rakyat bukan sahaja tertumpu pada negeri - negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Ikon - ikon yang dilihat sebagai gam atau penyatu ketiga - tiga parti ini harus dimusnahkan.

Siapa tidak kenal Anwar Ibrahim. Individu yang sinonim dengan perjuangan rakyat. Imej yang garang dalam menegakkan suara rakyat. Kejayaan menghimpunkan ratusan ribu rakyat disamping bantuan rakan - rakannya. Peristiwa Baling 1974, adalah satu peristiwa yang menyebabkan beliau digeruni waktu itu. Maka Anwar Ibrahim ditahan dibawah ISA. Ekoran daripada peristiwa penahanan tersebut, beliau dan bersama - sama rakan lain yang turut terlibat sama dalam peristiwa tersebut segera diangkat menjadi wira rakyat. Hishamuddin Rais contohnya. Maka imej pejuang rakyat kekal hinggalah saat Anwar dipecat. Imej tersebut begitu sinonim. Maka sokongan yang melimpah ruah terhadap beliau memang tidak dapat dinafikan. Ketika dipecat, hero - hero rakyat yang selama ini senyap muncul kembali. Nama - nama seperti Hishamuddin Rais mula muncul. Gerakan reformasi sudah menjadi satu gerakan wajib yang harus disokong oleh anak muda. Imej beliau berucap dihadapan ratusan ribu rakyat di Masjid menjadi igauan ngeri buat BN. Imej sedang memberi ucapan di depan Istana Negara ketika himpunan kedua terbesar dalam sejarah Malaysia benar - benar menggerunkan mereka. Mereka tahu, Anwar Ibrahim popular dikalangan anak muda Malaysia. Suka tidak suka, mereka terpaksa mengakuinya. Insan yang telah menyebabkan Pakatan Rakyat itu wujud. Insan yang menyebabkan PAS dan DAP dapat duduk semeja. Insan yang menyebabkan BN hampir tumbang akibat kejutan serangan yang bergaya daripada PAS dan DAP. Maka ikon ini harus ditumbangkan. Tiada cara lain. Anwar Ibrahim harus musnah sama sekali. Dari isu penghapusan DEB hinggalah alat Amerika. Semuanya tidak berjaya. Maka sekali lagi, fitnah maha dahsyat ini dimainkan sekali lagi. Mahu menangkap Anwar dibawah ISA bakal menimbulkan perasaan marah dikalangan rakyat. Maka tiada cara lain lagi. Liwat - meliwat isu basi ini sekali lagi dimainkan. Mereka merancang sebaiknya. Mereka mahu menguburkan paksi kekuatan Pakatan Rakyat ini. Jika Anwar terpenjara, maka senanglah kerja mereka untuk menghancurkan Pakatan Rakyat. Percayalah!! Niat mereka mahu menghancurkan Pakatan Rakyat!! Anwar Ibrahim penghalang gerak kerja Zionis ini.

Percaya atau tidak, isu liwat Anwar Ibrahim tidak akan mendapat liputan media perdana secara besar - besaran. Media perdana akan memperbesarkan kononnya Pakatan Rakyat sedang berpecah dengan harapan rakyat lupa pada Anwar Ibrahim. Maka ketika rakyat masih mengingati Anwar Ibrahim, maka serangan ditujukan kepada orang yang benar - benar mahu Pakatan Rakyat ini kekal. Tidak lain tidak bukan, TG Nik Aziz. Usaha untuk memalukan beliau dan mendesak beliau meletak jawatan sedang rancak dilakukan. Nik Aziz dilihat sebagai insan yang menghalang rancangan menghancurkan Pakatan Rakyat. Tiada cara lain lagi, memalukan TG Nik Aziz dan desak beliau letak jawatan. Walaupun rancangan ini dilihat mula mendapat sokongan oleh sebilangan mereka yang berbulu dengan Nik Aziz. Namun apakah rancangan mereka berjaya? Allah saja tahu. Zionis Umno cerdik dalam merancang benda jahat ini. Dengan membunuh karektor Nik Aziz, maka Pakatan Rakyat mudah dimusnahkan dalam masa sama, kekuatan terakhir PAS di Kelantan dapat dilenyapkan. Umum ketahui, Kelantan merupakan benteng terakhir kekuatan rakyat. Tumbangnya Kelantan, maka dapatlah BN memerintah dengan lebih lama dan berkuasa.

Maka kita dapat melihat gerak kerja jahat mereka ini. Mereka tahu, apa sahaja yang menjadi ikon rakyat Malaysia maka wajar dimusnahkan. Ikon yang menjadi penyatu Pakatan Rakyat wajib dilenyapkan.

Sekarang mari kita berfikir. Apa yang patut kita lakukan?

Saya sebagai anak muda, mendesak agar ratusan ribu rakyat dihimpunkan untuk membuktikan kepada Umno, "HOI, KAMI SOKONG PAKATAN RAKYAT!!"

Biar mereka terkedu melihat rakyat masih lagi membenci mereka!!

HIDUP RAKYAT!!


Memang Patut TNB Kena Maki

Saya menyokong penuh tindakan Namewee yang memaki - hamun dalam video terbarunya yang bertajuk F*CK TNB. Semua orang boleh mencarinya di Youtube.

Kenapa saya menyokong tindakan Namewee? Saya ada seorang kenalan yang tinggal di Langgar, Kedah Darul Aman. Sudah 5 tahun saya mengenali dia. Semenjak mengenali dia saya mula arif selok - belok jalan di Pekan Langgar.

Namun sepanjang 5 tahun saya mengenali dia, lebih 10 kali bekalan eletrik tiada. Alasan yang diberi kadang - kadang karut. Membuat kerja - kerja penyelenggaraan. Hey, TNB buat kerja penyelenggaraan tanpa notis untuk orang kampung ke?

Untuk tahun ini sahaja, sudah 3 kali bekalan eletrik tiada di kawasan tersebut. Di mana kawasan tersebut? Kampung Tanjung Musang. Silalah pergi ke kampung tersebut dan tanyalah kepada penduduk kampung tersebut. Sudah berapa kali bekalan eletrik terputus begitu sahaja.

Saya ada masa menelefon TNB untuk meminta mereka segera menyambungkan bekalan eletrik untuk kawasan tersebut. Untuk tahun ini saja sudah 3 ke 4 kali bekalan eletrik di kawasan tersebut sudah terputus.

TNB ooo TNB ketika mahu memotong bekalan eletrik buat mereka yang tak bayar bil cukup pantas. Tapi dalam menyelesaikan masalah orang kampung, tak juga selesai - selesai.

Kalaulah CEO dia baca artikel ini, mesti dia kata..."Oh sebab kawasan tu terlibat dengan projek pelebaran jalan, maka sebab itu bekalan eletrik sering terganggu."

Aii..kalau terganggu sepatutnya notis kena diberitahu seawal mungkin dan naikkan signage atau sepanduk mengatakan bekalan eletrik mungkin akan terganggu sempena projek menaiktaraf jalan tersebut.

Tolonglah...kami ni semua pengguna. Jangan kerap sangat bekalan terputus. Kami bayar dengan harga mahal.

Oh ya pada hari Ahad, 29/12/2009 bekalan eletrik terputus lagi.

Ermm...apa pun Namewee..thank you..sebab memF*CK TNB.