Selasa, 30 Jun 2009

Manik Urai (11) : Khas Buat Petani dan Nelayan Di Manik Urai

FELDA TO SEEK LISTING SOON – malaysian insider

Malaysia has plans to list a government-run plantation agency it says is the largest planter in the world, the prime minister was quoted as saying in the Business Times today.

The Federal Land Development Authority (Felda) currently manages 800,000 hectares of plantations, although slightly more than half the estates owned by smallholders will not be under the listing.

-------------------------------------------------------

Makna berita ini, tanah Felda yang pakcik - pakcik dan makcik - makcik usahakan dulu nanti bukan milik anda semua tau..ini milik orang luar yang ada duit.

Dulu penjajah British yang ambil tanah kita pastu jual kat kita balik dengan harga tinggi..

Sekarang Umno dan Zionis BN, jual tanah pakcik - pakcik dan makcik - makcik tu dengan pemodal atau pemegang saham yang banyak duitnya.

Apa kaitannya? Kaitannya kalau dorang boleh kena inikan pula kita pakcik oiii..

Undi BN, esok tanah kena jual...undi Umno esok tanah kita orang dah beli.

Undi Aziz (BN) esok habis bot - bot atau perahu diniagakan..esok sedar - sedar bot dah jadi milik Rosmah...

Jadi jalan penyelesaiannya?? Pakatan Rakyat pakcik - pakcik makcik - makcik oiiii....Undi je la Pakatan Rakyat!!

Mana Umno nak bela orang Melayu...sebat lagi adalah

Manik Urai (10) : Khas Buat Makcik - makcik Umno di Manik Urai

Seorang pemimpin PKR mendakwa dihubungi dua anggota polis Cawangan Khas berhubung video yang memburuk-burukkan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor yang kini tersebar luas di internet.Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau dihubungi mereka – dipercayai dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan – berhubung penerbitan video klip itu."Saya kata, saya tidak tahu tentang penerbitan video itu. Saya dapat tahu pun selepas baca blog Selamatkan Umno dan Malaysia Today.

Sumber : Malaysiakini

------------------------------------------------------------

kemaskini 1.06pm Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya meringkuk di balai polis sejak minggu lalu.

Sumber : Malaysiakini

Khas buat makcik - makcik Umno di Manik Urai, Rosmah hingga sekarang tak nafikan tuduhan yang dilemparkan oleh adik, adik angkat, saudara - mara yang berada di kampung.

Jika beginilah contoh Wanita Pertama Malaysia, apa lagi mahu diharapkan. Makcik - makcik harus tolak wanita seperti ini. Cara menolaknya andalah dengan mengundi Pakatan Rakyat. Kerana apa harus mengundi Pakatan Rakyat, kerana mahu memberi signal jelas kepada Najib, TOLONG JAUHKAN ROSMAH DARI SEBARANG URUSAN NEGARA dan TOLONG JAWAP TUDUHAN YANG DILEMPARKAN OLEH MEREKA YANG BERKENAAN.

Jadi makcik - makcik...jom la undi Pakatan Rakyat!!

Manik Urai (9) : Dah Memang Kaki Menipu!!

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Tuan Aziz menafikan semua tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berkata ketika menjadi ketua Pemuda Umno, beliau tidak pernah terbabit dalam operasi kilang Kesedar.

Nafi pernah lobi

Menurutnya, beliau juga tidak pernah ke Thailand atau Vietnam ketika bersama Kesedar.

--------------------------------------------------------------------

Tengok...nampak tak kebebalan calon BN ini. Dalam berita yang sama masih nak TAI CHI sana sini..kejap tak terlibat dengan kesedar, pastu terlibat pulak...

Kan senang cakap ye memang saya terlibat dengan kesedar cuma tak buat perkara - perkara macam itu..kejap masuk kejap tak..macam mana nie???

Buat pengundi Manik Urai...jangan pilih orang kaki penipu nie...kalau terlibat dengan bisnes juta - juta dan perniagaan luar negara ni bila masa dia nak tengok orang kampung???

Dah dah..tetapkan hati...tumbangkan BN!!!

Isnin, 29 Jun 2009

Manik Urai (8) : Panduan Buat Pengundi

UMNO WILL FIGHT TO THE LAST MALAYS – MUHYIDDIN - star

(The Star) - Umno will fight to the last drop of blood to protect Malay rights, the status of the Malay Rulers, Bahasa Melayu and Islam as these matters are enshrined in the Constitution.


Sabar ini untuk hari ini...semalam punya pulak

PUTRAJAYA 27 Jun – Kerajaan akan mewujudkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan.

Mengumumkan perkara itu malam ini, Najib n Razak berkata, kajian semula pengagihan biasiswa JPA itu menetapkan hanya pelajar yang meraih keputusan peperiksaan terbaik sahaja akan memperoleh biasiswa tersebut tanpa mengira kaum dan agama.

‘‘Jadi, siapa yang dapat biasiswa ini nanti adalah pelajar terbaik di antara yang terbaik. Inilah hasrat kerajaan yang mana rakyat didahulukan, kita mesti mengambil kira pertimbangan rakyat (seluruhnya),” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam anjuran MCA dan pertubuhan-pertubuhan komuniti Cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Hari ini cakap lain..esok cakap lain....mula - mula nak hapuskan pinjaman berasaskan perkauman sekarang nak pertahankan ketuanan Melayu???

aduhhhhh...suka sangat nak tipu orang Melayu..dah la tu...

Buat pengundi Manik Urai dan juga para petugas PR...ingat...BN ni lidah bercabang 4-10...

Tunggu apa lagi...humban BN ke Laut!!!!!!

Manik Urai (7) : 7 Hari Lagi Perang Epik Bakal Bermula

Tinggal lagi 7 hari sahaja lagi peperangan yang dahsyat ini bakal tercetus. Peperangan yang menjadi penentu hala tuju Pakatan Rakyat. Peperangan yang bakal mengeratkan lagi perpaduan di dalam Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat calonnya ialah Fauzi Abdullah. Calon yang dikatakan mempunyai sifat dan kelakuan seperti bekas ADUN Manik Urai iaitu Allahyarham Ismail Yaakub. Pakatan Rakyat yang diwakili PAS sudah pasti akan mempertahankan kerusi ini habis - habisan. Kerusi ini telah dipertahankan semenjak tahun 1986. Kerusi penentu buat kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan. Jika tumbang kerusi kepada puak Zionis BN,
maka kerajaan perpaduaan Umno akan ditiup semula. Umno tidak pernah berhenti untuk menghancurkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Bagi pihak Zionis BN, Tuan Aziz akan menjadi calon mereka.

Apa tanggungjawap kita yang berparti dan tidak berparti ini. Kita yang mendokong keadilan, kebenaran dan kesejahteraan sesama insan tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain - lain harus memastikan kerusi ini kekal di tangan Pakatan Rakyat. Kita mahu KETUANAN RAKYAT diutamakan bukannya KETUANAN ROSMAH!!!

Bukan 1Malaysia..kita mahu rakyat yang menjadi TUAN!!

Buat para pejuang sejati Malaysia...gegarkan bumi Manik Urai pada 6 Julai 2009 nanti. Pada penamaan calon, pastikan ratusan ribu rakyat akan berhimpun untuk memberi signal jelas kepada Zionis BN. Ini suara rakyat Malaysia!

Ahad, 28 Jun 2009

Manik Urai (6) : Zionis Mula Main Taktik Kotor, BN Gadai Ketuanan Melayu

PUTRAJAYA 27 Jun – Kerajaan akan mewujudkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan.

Mengumumkan perkara itu malam ini, Najib n Razak berkata, kajian semula pengagihan biasiswa JPA itu menetapkan hanya pelajar yang meraih keputusan peperiksaan terbaik sahaja akan memperoleh biasiswa tersebut tanpa mengira kaum dan agama.

‘‘Jadi, siapa yang dapat biasiswa ini nanti adalah pelajar terbaik di antara yang terbaik. Inilah hasrat kerajaan yang mana rakyat didahulukan, kita mesti mengambil kira pertimbangan rakyat (seluruhnya),” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam anjuran MCA dan pertubuhan-pertubuhan komuniti Cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Sumber : Utusan Melayau (Melayu)

----------------------------------------------------------------

Tawaran RM300 kepada penduduk Manek Urai sahaja. Tidak usah pulang membuang undi pada pilihanraya kecil 14 Julai ini jika mahu ganjaran tersebut, lapor akhbar web PAS hari ini.

Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Harakahdaily melaporkan wang itu sebagai habuan untuk menggalakkan pemilih memulaukan proses pembuangan undi.

"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran," katanya.

"Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi.

Sumber : Malaysiakini

------------------------------------------------------------------------

Kepada semua petugas - petugas Pakatan Rakyat, anak - anak muda yang tidak berparti, rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, Zionis BN telah memulakan kerja jahat. Artikel dahulu pernah memberi amaran agar semua rakyat Malaysia harus bersatu - padu untuk mematahkan serang orang gila dan samseng ini.

Kepada semua petugas Pakatan, bagi tahu kepada semua warga Manik Urai, Zionis BN dan askar Umno telah mengadaikan Ketuanan Melayu. Bukan Pakatan Rakyat. Umno menipu orang Melayu.

Ayuh, kita pertahankan Manik Urai!!!!

Sabtu, 27 Jun 2009

Manik Urai (5) : Fauzi Abdullah Calon Pakatan Rakyat

Buat jentera Pakatan Rakyat, inilah calon kamu kalian untuk berentap dengan tentera Zionis BN di Manik Urai. Anak muda Malaysia kita masih yakin Pakatan Rakyat mampu memberi kehidupan yang lebih harmoni oleh itu marilah kita turun beramai - ramai untuk menganyang Zionis BN. Ayuhhhh!!!!!

Jumaat, 26 Jun 2009

Dah Memang Dia Puaka

JKKK kecewa video burukkan Rosmah
Muda Mohd Noor Jun 26, 09 2:46pm
Terdapat beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) asal Rosmah Mansor yang tidak bersetuju dengan paparan negatif terhadap wanita pertama itu.

Pengerusi JKKK Gedong Lalang 50, Abu Hassan Majid memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau dan semua 11 anggota jawatankuasanya telah menonton klip video tersebut.

Tambahnya, mereka yang tidak berpuas hati dengan video tersebut berhujah wawancara yang memuatkan kenyataan-kenyataan negatif terhadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya "memburuk-burukkan kampung mereka sahaja."

"Sepatutnya kita rasa bangga, orang kampung kita jadi orang besar," kata Abu Hassan lagi ketika dihubungi melalui telefon.

Sumber : Malaysiakini
-------------------------------------------

Yang kau tak puas hati apasal? Dah adik dia sendiri pun hontam dio..ekau lak lobih - lobih..apo kono eh jang???

Udah - udah la tu jang wei...membodek jo kojo eh..

Dah memang dia buat perangai mcm tu..terima la hakikat. Adik - beradik, anak sendiri, saudara - mara hentam dia kiri - kanan...mesti ada sebab. Ni tidak...tau nak membodek..

Binchek lu.....hahahahahaha

Moga Allah Tempatkan Beliau di Jannah

Bekas Ameer Jama’at Islami Pakistan, Mian Tufail Muhammad telah meninggal dunia. Moga - moga Allah merahmati roh beliau.


Beliau merupakan tokoh gerakan Islam yang disegani dan terkenal gigih memperjuangkan Islam. Mendapat didikan langsung dari Maulana Amin Ahsan Islahi dalam bidang ilmu hadith serta Quran. Beliau menggantikan Sayyid Abul A’ala Maududi, guru yang banyak memberi tunjuk ajar kepada beliau, pada tahun 1972 sebagai Ameer Jama’at Islami.


Ameen ya Allah...

Khamis, 25 Jun 2009

Manik Urai (4) : Kekuatan Anak Muda Benteng Gelombang Fitnah

Kekuatan dan pengaruh anak muda tidak harus dipandang enteng. Walaupun seringkali dianggap kelompok pengacau, anak - anak yang nakal, kaum perosak dan sebagainya oleh orang yang lebih berusia daripada mereka. Ya, benar! Kami memang satu kelompok masyarakat yang sering membuat bising dan kecoh. Kenapa kami berbuat sedemikian rupa? Kerana jika berlaku suatu kepincangan, ketidakadilan, kezaliman dan yang sewaktu dengannya, selalunya anak mudalah yang akan menegurnya secara lantang. Suara anak mudalah yang akan menjerit - jerit sehingga mereka yang ditegur tersedar dari lamunan mimpi. Suara anak mudalah yang menyebabkan si jahat yang selama ini bernaung dibawah nama pemimpin terkejut bangun.

Ya, suara anak muda bakal menahan gelombang fitnah yang bakal menimpa di bumi Manik Urai. Terbaru suara pemuda upahan Umno telah membuat fitnah dan cuba membuat satu isu gempar terhadap TG Nik Aziz. Isu yang kononnya mampu membuatkan pengundi - pengundi atas pagar beralih arus. Jika anak muda yang berada disetiap genap bumi Malaysia ini bersatu, percayalah fitnah jahat ini akan terkubur.

Lihat sahaja di Permatang Pauh, kerana anak muda yang bersatu teguh tidak kira mat rempitnya, mat keretanya, mat skema, mat segala macam mat mampu duduk bersama, fitnah jahat terhadap DSAI hilang dan lenyap sama sekali. Percubaan pemuda upahan Umno untuk memasang banner fitnah tumpas kerana ketangkasan anak - anak muda Malaysia menggagalkan cubaan tersebut. Poster - poster berunsurkan perkauman dibuang hasil gerakan bersepadu anak - anak muda Malaysia.

Ini tidak bererti anak - anak muda Malaysia menjadi askar Pakatan Rakyat yang taat setia. Anak - anak muda Malaysia sudah cerdik menilai yang mana satu permata dan yang mana satu kaca. Kami tidak mudah diperkotak - katikkan. Kami tahu yang mana satu yang patut kami ikut. Manik Urai kami yakin Pakatan Rakyat di pihak yang benar. Kami akan berjuang memastikan kemenangan buat Pakatan Rakyat.

Sebab itu kenapa artikel kali ini menyeru anak - anak muda Malaysia agar turun beramai - ramai dan bersatu - padu untuk menahan gelombang fitnah jahat dari puak - puak Zionis BN. Jika anak - anak muda tidak bersatu untuk menahan gelombang fitnah jahat ini dimana ianya baru bermula, maka Manik Urai akan menjadi medan melemparkan fitnah yang maha dahsyat....

Selasa, 23 Jun 2009

Manik Urai (3) : Disini Bermulanya Perpaduan Sebenar

Tinggal beberapa hari lagi sahaja lagi, pilihanraya kecil Manik Urai akan berlangsung. Debaran buat parti - parti yang bertanding semakin tinggi. Semangat juang yang saban hari menjulang tinggi. PAS sudah pasti akan mempertahankan kerusi ini. Sejak tahun 1986, kerusi ini PAS. Sewaktu PAS diganyang hebat oleh BN pada tahun 2004, kerusi ini juga kekal di tangan PAS. Jangan dibicara tahun 2008, tahun sial buat Bn.

Tahun 2009, PAS sudah semakin kuat dengan bantuan rakan - rakannya dari Pakatan Rakyat. Sudah pastinya Manik Urai akan dipertahankan habis - habisan. Umno akan menggunakan peluang ini mencari balik semangat yang telah hilang oleh mereka. Dari Permatang Pauh ke Penanti, semuanya gagal buat mereka. Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang sekarang dalam keadaan bahaya dengan kes rasuahnya, telah memulakan kempennya dengan menggerakkan jentera pemudanya yang baru. Pemuda Umno kali ini saya jamin, tidak akan berani garang dan berlagak samseng bodoh di Manik Urai. Bagi pemuda Pakatan, turunnya Khairy adalah satu rahmat. Setiap kata - katanya, sudah pasti mengundang bahaya buat Bn. Hasilnya, Bn Kalah!!

Jentera Pakatan Rakyat waktu inilah digunakan peluang yang ada untuk mempereratkan perpaduan di kalangan kalian semua. Perpaduan inilah yang harus dihargai. PAS harus menghargai keADILan dan DAP. Begitu juga kedua parti tersebut. Buktikan kepada pengundi atas pagar di sana dan juga di Malaysia, keretakan yang berlaku dahulu akibat isu kerajaan perpaduan dahulu sebenarnya tidak wujud. Tunjukkan kepada pengundi Manik Urai, inilah kerajaan perpaduan yang sebenarnya.

Perpaduan ini juga penting untuk dipereratkan, ketua pembangkang dan wakil presiden - presiden Pakatan Rakyat DSAI, akan dibicarakan tidak lama lagi. Umum diketahui, Najib akan memastikan riwayat politik DSAI tamat. Jika DSAI berjaya ditahan dan ditamatkan riwayat politiknya, usaha untuk menganyang Pakatan Rakyat sudah jadi teramat mudah. Dengan sekali jentik, perpaduan ini akan musnah sama sekali. Peristiwa tahun 2004 akan kembali berulang. Jadi, perpaduan ini harus kita perkemaskan dan perkuatkan. Pakatan Rakyat tidak harus musnah jika ditakdirkan DSAI masuk penjara. Pakatan Rakyat harus dipertahankan. Sudah pasti DSAI tidak mahu keakraban yang dibina selama ini runtuh dengan sekelip mata dan yang paling penting rakyat pasti sedih jika Pakatan Rakyat musnah begitu sahaja. Pakatan Rakyat harus kekal sampai dapat membuang Bn ke LAUT CHINA SELATAN. Jika Pakatan Rakyat retak kerana perpaduan ini tidak dipertahankan, percayalah lagi 50 tahun baru Bn dapat ditumbangkan.

Jadi sebagai anak muda yang senantiasa menyokong arus perubahan, mahu Manik Urai menjadi sekolah untuk mengeratkan kerjasama antara 3 parti utama ini. Manik Urai ini bakal menjadi satu medan dimana jika Pakatan Rakyat berjaya pertahankannya InsyaAllah, hatta tentera pun tidak dapat memusnahkannya....

HIDUP RAKYAT


Isnin, 22 Jun 2009

Manik Urai (2) : Simbol Penolakan Kerajaan Perpaduan

Hari ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat secara rasminya menolak kerajaan perpaduan. Hari ini juga Umno dan Zionis BN terdiam seketika di saat mereka sangkakan Pakatan Rakyat akan berpecah. Hari ini juga Zionis BN terkedu bantuan oksigen yang mereka sangka akan tiba tidak kunjung tiba.

Namun rakyat Malaysia jangan bersenang - lenang dengan perkhabaran baru ini. Usaha mereka untuk merealisasikan kerajaan perpaduan dan mahu melihat Pakatan Rakyat retak akan tetap diteruskan. Mereka yang menjadi boneka Umno dan juga Umno tidak akan duduk diam. Mereka akan tetap menyerang. Selangor dari mula waktu penubuhannya, sering kali diganggu oleh mereka yang tidak bertanggungjawap. Kerajaan perpaduan ditawarkan pada waktu yang saat genting ketika itu. Namun atas desakan rakyat mahu melihat Zionis BN ditumbangkan, tawaran kerajaan perpaduan ketika itu lenyap seketika.

Tidak mengapa kita biarkan dahulu kerajaan perpaduan yang ditamatkan riwayat buat sementara waktu. Untuk memastikan riwayat kerajaan perpaduan itu benar - benar padam, maka Manik Urai menjadi medannya. Medan untuk memberitahu kepada Umno dan boneka Umno bahawa rakyat Manik Urai yang bakal mewakili rakyat Malaysia benar - benar mahu menolak sebarang rundingan gelap mahupun terang dengan Umno.

Rakyat Malaysia bukannya bodoh, kalau atas nama mahu memperbaiki sistem ekonomi negara, masalah umat, masalah jenayah untuk diperbincangkan, sudah pasti perbincangan itu akan pasti dirahmati dan dipersetujui. Namun atas nama perkongsian kuasa, jangan harap!! TG Nik Aziz memahami sakit dan pilu hatinya apabila kerajaan yang dipimpinnya saban hari diganggu - gugat. Mereka yang tidak merasakannya bolehlah menutup mulut. Kekejaman dan kezaliman anda hadapi belum tentu dapat mengatasi perasaan sedih TG Nik Aziz.

Saya merayu buat anak muda Malaysia, bantulah kubu kuat Pakatan Rakyat ini. Kubu ini merupakan benteng Pakatan Rakyat. Jika Manik Urai tewas di tangan Zionis BN, maka bersiap - sedialah isu kerajaan perpaduan akan dimainkan sekali lagi, DSAI bakal dihumbankan ke penjara sekali lagi, Pakatan Rakyat berpecah dan paling malang sekali pada PRU-13, Pakatan Rakyat hilang semua kerusi. Zionis BN sekali lagi menjadi kejam dan yang paling menyedihkan, Kelantan telah jatuh ke tangan Zionis BN.

Saya menyeru dan merayu kepada semua anak muda Malaysia turunlah beramai - ramai, bantu jentera Pakatan Rakyat di Kelantan. Anak muda Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak marilah membantu pemimpin Agung Pakatan Rakyat ini. TG Nik Aziz memerlukan bantuan kita.

HIDUP RAKYAT!!!

Manik Urai (1) : Perang Yang Bakal Meletus

Pada 6 Julai 2009, kita bakal menyaksikan peperangan yang paling bersejarah untuk tahun ini. Peperangan di sebuah negeri yang sememangnya terkenal sebagai benteng terakhir umat Islam dan Pakatan Rakyat. Ketika saat pembangkang diasak bertubi - tubi, Terengganu hilang, PAS kehilangan banyak kerusi Parlimen, keADILan satu kerusi sahaja, Kelantan tetap menjadi benteng terakhir pembangkang. Negeri yang juga menyaksikan perbezaan kerusi dengan pembangkang BN Kelantan hanyalah satu. TG Nik Aziz bersendirian berdepan dengan kejahatan Umno dan BN. Ketika itu tidak timbul isu PERPADUAN!!!!!! Yang timbul hanyalah..TERUSKAN BELASAH PAS!!

Semua pemimpin pembangkang menjadikan Kelantan sebagai kubu terakhir untuk merencana serangan keatas Zionis BN. Kelantan sudah menjadi umpama kubu terakhir tentera Kedah menghadapi serangan terakhir penjajah Thai dan British. Setelah perancangan demi perancangan dibincangkan, hasilnya kemenangan untuk rakyat pada PRU-12 telah berjaya. Penjahat Zionis BN tumbang dengan teruk. 2/3 majoriti hilang di tangan Pakatan Rakyat.

Sekarang bumi Kelantan akan menjadi medan pertempuran yang cukup dahsyat. Umno yang menggunakan tentera bawahan iaitu SPR yang telah menetapkan hari mengundi pada hari berkerja. 14 Julai 2009 jatuh pada hari Selasa. Kita boleh lihat BN akan menggunakan segala macam penipuan untuk mengalah gergasi politik iaitu PAS. Pertempuran kali ini bukanlah pertempuran antara dua parti politik sahaja. Pertempuran kali ini bagi memastikan sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pimpinan TG. Nik Aziz masih relevan. Walaupun TG Nik Aziz pernah dilabelkan orang yang sudah tidak mustajab doanya namun bagi rakyat Malaysia khasnya anak muda, tetap menjadi pujaan hati. Walaupun sudah berumur, namun suaranya tetap mendapat sambutan hebat dari anak muda. Walaupun dihina oleh musuh dan juga orang dalam yang mengaku sebagai ahli parti PAS, TG Nik Aziz tetap akan mendapat sokongan padu. Anak muda sedih dengan mereka yang cuba membuat onar terhadap pemerintahannya. TG Nik Aziz lebih mengenali Umno daripada orang lain.

Perang kali ini harus disertai oleh semua lapisan masyarakat. Yang berparti, tidak berparti, yang rapat dengan orang politik, yang tidak rapat dengan orang politik, NGO, NGI dan lain - lain harus turut serta dalam pertempuran ini. Anak muda harus serta dalam pertempuran ini. Pertahankan kubu kuat Pakatan Rakyat. Inilah kubu kuat rakyat. Kubu yang menyebabkan kita mampu mengangkat muka ketika saat rakyat dikalahkan oleh Zionis BN. Anak muda, semboyan perang akan ditiupkan secara rasmi pada 6 Julai 2009. Bumi Manik Urai medan bagi membuktikan anak muda bersama TG Nik Aziz. Bumi Manik Urai medan bagi kita memberitahu pada Najib dan suaminya Rosmah, angkara mereka di Perak tidak akan kita lupakan malah kita terus ingati peristiwa tersebut. Kita juga akan memberitahu kepada Zionis BN, kita tidak akan mengizinkan tindakan zalim mereka terhadap DSAI yang bakal dibicarakan nanti.

Kehadiran kita dengan penuh garang akan memberi signal jelas kepada Zionis BN. Ini bumi Pakatan Rakyat. Jangan sesekali menghantar samseng - samseng bodoh ke sini. Oh ya, Khairy sila datang ke Manik Urai. Kehadiran dan kenyataan bodoh anda akan memenangkan kami.

Anak Muda..Bersedia!!!

Khamis, 18 Jun 2009

Salut Pada Anak - anak Muda Gagah Berani Ini


Mahkamah majistret Kuala Lumpur hari ini mendapati lima pelajar universiti bersalah kerana menyertai perhimpunan haram anti-ISA pada Julai 2001.Mereka masing-masing didenda RM3,900 atau tiga bulan penjara. Mahkamah juga menolak permohonan mereka untuk menangguhkan hukuman tersebut.Majistret Hafiza Sauni, bagaimanapun, melepaskan seorang pelajar daripada tuduhan tersebut.Mereka yang didapati bersalah ialah Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail dan Zulkefle Idris - semasa pelajar universiti tempatan ketika itu.
Sumber : Malaysiakini
------------------------------------------------------------------
Salut yang tertinggi pada ISA 7. Mereka ini benar - benar anak muda yang gagah berani. Anak - anak muda yang cool.


Salut pada Rafzan (Ijan...berambut panjang disebelah kanan sekali). Jujur aku katakan, beliau merupakan insan yang paling tenang dan semangat juangnya teramat tinggi yang aku kenal secara peribadi. Boleh dikatakan beliau merupakan mentor dalam perjuangan.


Viva pada budak - budak Universiti Bangsar Utama (U.B.U)...anak - anak muda yang paling berani dalam alaf baru ini. Generasi pejuang pada tahun 2000 dan akan dikenang hingga penghabis tahun 2000 dan dikenang hingga hari kiamat.


STUDENT POWER!!


HIDUP RAKYAT!!


MANSUHKAN ISA!!


REFORMASI!!!!!

Boikotlah..Puluhan Ribu Rakyat Akan Bela TG Nik Aziz

kemaskini 11.35am Tidak cukup muktamar dua minggu lalu menjadi medan pertelagahan sesama pemimpin PAS berhubung kerajaan perpaduan, isu itu bakal membawa retak pula pada jentera pilihanraya kecil DUN Manek Urai.Kini sudah tersebar ura-ura bahawa Dewan Pemuda PAS di beberapa negeri berhasrat menarik diri daripada membantu kempen sebagai tanda bantahan terhadap PAS Kelantan yang didakwa membesar-besarkan isu kerajaan perpaduan.

Sumber : Malaysiakini

---------------------------------------------------------------

Kalau benar dakwaan ini, silalah boikot. Kita tengok negeri mana yang boikot. Siapa yang ketuai Pemuda Pas di negeri - negeri tersebut. Jika mereka sekarang ADUN di mana - mana negeri. Kita humban sahaja mereka pada PRU - 13.

Buat TG Nik Aziz ku, jangan bimbang. Tuan Guru tidak keseorangan. Ratusan ribu rakyat akan menolong Tuan Guru. Jika benar mereka mahu boikot. Inilah yang dikatakan pemuda kurang ajar dan perangai serupa samseng dan Umno.

Tuan Guru...kami anak muda bersama Tuan Guru.

Kami akan ajar mereka yang boikot Tuan Guru...kami akan ingati setiap tangisan dan keluhan ketika saat Tuan Guru menghadapi kesusahan menghadapi kesialan dan kejahatan Zionis BN.


KAMI BERSAMA TUAN GURU!!!

Rabu, 17 Jun 2009

WOI PEMIMPIN PAKATAN, MANEK URAI DAH DEKAT!

Woi semua pimpinan Pakatan, Manek Urai dah dekat dah nie..korang dok sebok sangat pasal isu Kerajaan Perpaduan ini apasal??!!! Dah kemaruk sangat ka?? Siang malam dok cerita pasal benda nie. Yang Nasharuddin Isa tu pun satu hal, saja lagi nak bagi rakyat sakit hati lagi dengan PAS..dah la tu Nasha, orang Taman Medan ingat lagi apa yang kau buat masa PRU-2004...Dah dah la tu. Lepas Manek Urai sambung la balik isu kerajaan perpaduan ke apa ke...

Woi Bloggers, dah dah la tu bincang isu kerajaan Perpaduan tu. Ni hala senjata kat Manek Urai. Mulakan serangan kat BN tu. Diorang sengaja..aku ulang sekali lagi SENGAJA mainkan isu kerajaan perpaduan. Biar korang hilang tumpuan. Lagi kita layan, lagi senang dorang nak membohong rakyat.

Aku ni rakyat bawahan, aku tau, TG Nik Aziz dah bagitau jangan sokong kerajaan Perpaduan. Anwar pun kata kita nak bincang pun hanya isu nak selamatkan ekonomi negara. Aku nak Pakatan kuat. Menang sekali lagi kat Manek Urai.

WOI...WOIIIIIIIIIIIIIIII...dah la tu...

Manek Urai tentera Zionis BN dah mula pi amik tempat kat kampung - kampung tu. Bloggers?? Cepat...jom jom...kita pegi Manek Urai....

Selasa, 16 Jun 2009

Anak Muda Malaysia Akan Ingati Peristiwa Ini



Dato Seri Nizar...akan ku ingati laungan semangat mu di Parlimen. Laungan yang telah menyebabkan Zionis BN terkejut dengan tindakan mu itu. Benar kalau ikut kata MSO tindakan mu itu persis beruk. Biarkan. MSO baru lagi dalam kancah politik PAS.

Anak muda Malaysia sudah persetankan tulisannya. Kami ini yang menyokong anda. Kami ini yang akan menampal poster mu di bilik kami. Kami ini akan membawa semangat juangmu yang cukup tinggi.

Nizar.....teruskan perjuangan ini.

Isnin, 15 Jun 2009

Revenge Of The Fallen

Linkin Park – “New Divide”


I remembered black skies / the lightning all around me
I remembered each flash / as time began to blur
Like a startling sign / that fate had finally found me
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

So give me reason / to prove me wrong / to wash this
memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Give me reason / to fill this hole / connect the space
between
Let it be enough to reach the truth that lies
Across this new divide

There was nothing in sight / but memories left
abandoned
There was nowhere to hide / the ashes fell like snow
And the ground caved in / between where we were
standing
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

So give me reason / to prove me wrong / to wash this
memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Across this new divide

In every loss / in every lie
In every truth that you'd deny
And each regret / and each goodbye
was a mistake to great to hide
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

So give me reason / to prove me wrong / to wash this
memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Give me reason / to fill this hole / connect the space
between
Let it be enough to reach the truth that lies
Across this new divide

(baru cool)

Zaman kanak - kanak ku telah kembali....

Autobots...transform!!!!

Nizar..Manusia Yang Paling Cool Dan Berani



Tahniah pahlawan ku..tahniah..andalah pahlawan sebenar..teruskan perjuangan mu..rakyat merasa teruja dengan aksi mu yang hebat...semangat kami mula membuak - buak dengan aksi penentangan mu...wajah dan aksi ini bakal menjadi poster - poster yang bakal ditampal di dalam bilik anak muda Malaysia..inilah pahlawan Gerakan Reformasi yang baru!!
HIDUP RAKYAT!!!

Podahh..Memang BN Lemah

IPOH, June 14 – Perak Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir wants the people to stop harping only on the weaknesses of the Barisan Nasional leadership but to be more encouraging by recognising its strengths.

“Stop only looking at our weaknesses. We have our strengths too.

“If you keep picking on our weaknesses, it does not help our administration. You must stay positive,” he said in his speech at the opening of the Perak Indian NGOs Consultative Convention in Sungai Siput today.

Sumber : The Malaysian Insider

--------------------------------------------------------------------

Wahai Menteri Besar Haram Zionis BN Zambry, memang Bn lemah. Lepas itu kau suruh rakyat tengok kekuatan Bn. Adoii. Kalau kau kuat jom berentap pilihanraya sekali lagi. Kalau berani la. Kalau Bn itu bagus sangat, kenapa perlu keluar kenyataan minta rakyat sokong Bn. Dah la Zambry, rakyat Perak sekarang ada dendam kesumat. Hanya masa menentukannya. Sampai waktu itu, tiada siapa yang boleh tolong kau.

Kenapa hanya bantu Cina dan India sahaja. Mana Melayunya? Kata nak bela Melayu sangat. Apa yang kau buat tu, sama ja dengan Nizar buat. Tolong yang mana lebih memerlukan.

JADI KAU TU JANGAN POYO SANGAT..boleh??

Jumaat, 12 Jun 2009

Persamaan Zionis BN dan Zionis Yahudi

BAITULMAQDIS: Parti Likud meningkatkan tekanan terhadap pemimpinnya, Benjamin Netanyahu yang juga Perdana Menteri Israel supaya mengetepikan desakan Amerika Syarikat dengan tidak menyebut perkataan 'negara Palestin' apabila beliau memberi ucapan dasar, hujung minggu ini.

Sumber : Berita Hairan

SUNGAI PETANI, April 1 – The Home Ministry’s directive banning Pakatan Rakyat leaders from mentioning Altantuya Shaariibuu at their rallies did not stop Datuk Seri Anwar Ibrahim from bringing up the dead at the Bukit Selambau by-election campaign.

Sumber : The Malaysian Insider

Korang semua boleh tengok tak persamaannya. Yahudi Zionis tak bagi sebut nama Negara Palestin, Zionis BN tak bagi sebut nama Altantuya. Samakan?

Jadi mulai hari ini, kita panggil sahaja BN tu Zionis BN. Sama jer!!




Khamis, 11 Jun 2009

Gerakan Melumpuhkan Pakatan Rakyat Bermula Bulan 7

Anwar's trial will run starting from July 1 to 24.

The 61-year-old father of six is charged with sodomising Mohd Saiful Bukhari Azlan at Desa Damansara Condominium in the leafy enclave of Damansara Heights in June last year.

If found guilty, he can be jailed up to 20 years and whipped under Section 377B of the Penal Code.


Ini merupakan hukuman yang bakal diterima oleh DSAI
-------------------------------------------------------------
Sankara noted the PP seemed to be repeating tired methods to deny Anwar a fair trial, employing an “ambush prosecution” tactic used in the Sodomy I case back in 1998/ 99.

Among the documents asked for are testimonies from witnesses, the original DNA samples sent for testing, medical notes, photographs and CCTV (closed circuit television) recordings showing Anwar with his accuser, a 23-year-old former male aide.

Sankara claimed that he had written to the PP asking for copies of the various pieces of proof as early as Sept 8 last year.

Several reminders sent out since January have been largely ignored, Sankara said.

“Save for the earlier delivery of just one statement and a few photo prints picked out of a purported CCTV recording, nothing else that was requested by us have been supplied,” he said.

He added that the last they heard from the PP was on June 6, when they received a letter rejecting their requests except to provide the results of the DNA tests.

DSAI bakal dikenakan hukuman kelak. Semua prosedur mahkamah tidak memihak kepada beliau. Pakatan Rakyat jika mahu ditumbangkan DSAI hari disumbat didalam penjara. PAS harus bersifat pembuli di dalam Pakatan Rakyat. Ini perancangan Zionis BN. Rakyat Malaysia khasnya anak muda harus bersiap - sedia. Jika Pakatan Rakyat tumbang, jangan gusar jalanraya terbentang luas. Di situlah medan perjuangan kita kelak.

Rabu, 10 Jun 2009

Transformer 2 : Revenge Of The Fallen




Hari ni aku nak relax jap...

24/6/2009 mari kita ramai - ramai tgk movie...citer masa aku kecik - kecik

Transformer 2 : Revenge of The Fallen..Megatron hidup balik..banyak robot baru..semua terbaek...aduhhh tak saba nak megimbas kenangan dulu..

Autobots Transform!!!

p/s video ni tak lengkap..masuk youtube cari ler sendiri...adios

Segerakan Pilihanraya Tempatan

Saya menyeru kepada semua kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat agar menyegerakan pilihanraya tempatan supaya rakyat di negeri masing - masing dapat memilih ahli majlis tempatan di kawasan masing - masing.

Saya sebagai rakyat yang duduk di negeri Selangor apabila melihat situasi yang berlaku di negeri Pulau Pinang berasa terpanggil untuk mendesak semua kerajaan negeri agar segera melaksanakannya. Sedih, jijik dan mual dengan melihat aksi - aksi keanak - anakkan oleh mereka yang terlibat. Lihatlah dan nilaikannya sendiri.

Kepada Ketua Menteri dan Menteri - menteri Besar Pakatan Rakyat, segerakanlah pilihanraya untuk majlis tempatan ini. Benar kelicinan pemilihan ahli majlis tempatan berlaku di Kelantan. Tapi kita harus ingat. Bumi Kelantan berbeza dengan negeri - negeri yang baru sahaja diperintah oleh Pakatan Rakyat. Rakyat di negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, dan Perak (yang bakal dirampas kembali) adalah negeri yang sekian lama diperintah oleh regim Zionis BN. Otak karat biru dan budaya kerja Zionis Umno masih melekat di dalam fikiran ahli - ahli majlis yang baru bersalin kulitnya dari Umno kepada Pakatan Rakyat mahupun rakyat. Kelantan mempunyai sejarah politik yang cukup menarik. PAS pernah memerintahnya dahulu. Tapi di negeri - negeri yang baru diperintah ini sudah pasti pilihanraya tempatan teramat perlu.

Saya merayu, biarlah rakyat diutamakan. Kuota semua itu perlu ketika kerusi ahli majlis tempatan itu bakal dipertandingkan bukannya secara lantikan. Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang harus dijadikan iktibar. Ingat kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat. Rakyat sedang melihat kamu semua. Ambil iktibar di Terengganu. Hanya sepenggal memerintah.

Semua Presiden parti harus menggesa Ketua Menteri dan Menteri Besar mereka segera melaksanakan pilihanraya majlis tempatan. Biar rakyat tentukan. Saya anak muda atau tidak rasminya mewakili anak muda Malaysia mahu melihat Pakatan Rakyat berjaya. Suara anak muda jangan diperkecilkan. Suara kami tidak pernah berubah sejak tahun 1998 hinggalah pilihanraya kecil Penanti. Bukit Gantang suara anak muda di peti 3 dan 4 tidak berubah. Sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat. Bagi anak muda, Pakatan Rakyat pembela rakyat. Bila cadangan untuk menyegerakan pilihanraya tempatan merupakan suara anak muda yang mahu Pakatan Rakyat terus sukses dan berjaya.

Cerita Lawak Pagi Ini

KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor menyarankan para suami agar mencontohi perilaku suaminya Najib Razak yang merupakan seorang bapa, suami dan pemimpin yang penyabar.

Beliau berkata Najib mempunyai personaliti yang menarik daripada segi kesabaran."Saya tak pernah tengok orang penyabar macam dia (Najib)," katanya dalam ucapan ringkas ketika melancarkan buku 'Najib Perdana Menteri ke-6' di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Rosmah turut mengingatkan para suami agar tidak memarahi isteri kerana isteri juga mempunyai tanggungjawab dan mengalami tekanan.

------------------------------------------------------------------------------------

Semua suami takkan nak marah bini, isteri, orang rumah, sayang, honey, darling dan yang sewaktu dengannya tanpa ada sebab. Marah mesti ada sebab.

Memang Najib tak marah. Memang, dah awak tu Datin Seri Rosmah oiiiii Queen Control. Semua majlis yang awak hadiri mesti gambar awak kena muka depan. Kalau pergi luar negara beli barang habis berjuta. Najib tak marah. So buat lelaki diluar sana, kalau bini anda membazir jangan marah. Kalau isteri anda gila glamor, jangan marah. Sebab apa jangan marah, jadikan isteri anda macam Rosmah a/k/a Bik Mama (selaki dia lari habis stadium runtuh)

Selasa, 9 Jun 2009

Jadual Sepang Drag Battle Yang Terbaru




Round 1 23rd. May
Round 2 27th. June
Round 3 18th July
Round 4 31st. October
Round 5 21st. November





Pihak SIC jangan masuk pusingan yang kedua buat perangai lagi...buat perangai lagi anda semua punca para pelumba kembali ke jalanan



Isnin, 8 Jun 2009

Oh Bumi Manik Urai, Kami Datang!!

Oh Manik Urai kami datang,
Oh Manik Urai, kami tidak akan berehat dan tidak akan mengabaikannya,
Inilah kecintaan kita kepada keadilan yang bersemai di bumi Manik Urai

Kami bangga untuk melawan dengan tentera jahat di bumi Manik Urai,
Kami seronok untuk berperang dengan tentera jelmaan Zionis di bumi Manik Urai,

Oh Manik Urai saya datang,
Oh Manik Urai saya tidak beristirehat dan bersenang - lenang,
Pertahankan bumi ini dari kezaliman dari jelmaan Zionis,

Apa SPR dan polis buat ketika kami dibantai oleh tentera jelmaan Zionis,
Mereka menjadi pelindung kepada tentera jelmaan Zionis,
Dengan kuasa yang ada, kami dihalang untuk melaksanakan keadilan,
Semua pejuang rakyat tak kira dimana mereka asal, dibantai, difitnah oleh jelmaan Zionis,
Dan kami dihukumnya,

Aku menangis melihat situasi kejam ini berlaku
Aku menangis melihat situasi berat sebelah ini berlaku

Oh Manik Urai kami datang,
Oh Manik Urai saya tidak beristirehat dan bersenang - lenang,
Pertahankan bumi ini dari kezaliman dari jelmaan Zionis,

Oh Tuan Guru Nik Aziz, kami dengar rintihan mu,
Kami dengar rintihan pilumu,
Kami sahut rintihanmu,
Kami tahu kejahatan tentera jelmaan Zionis yang mahu menganggu - gugat kerajaan adilmu,

Bangunlah umat di sekeliling Manik Urai,
Dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor,
Tak kira anda berada, pintu Manik Urai sedang terbuka luas,

Tentera jelmaan Zionis Umno mahu menganggu kerajaan adil ini,
Turunlah kamu semua di bumi ini,
Kibarkan panji - panji hijau yang bakal menghiasi bumi ini,
Pertahankan bumi ini,

Ohh Manik Urai, kami datang!!

Kami datang!!


Ahad, 7 Jun 2009

Perhatian : Tentera Rakyat Halakan Senjata Kalian Di Manik Urai

PAS telah pun selesai bermuktamar. Pucuk pimpinan yang baru telah pun dipilih. Kami rakyat Malaysia mengharapkan agar pucuk pimpinan PAS yang baru akan memantapkan lagi Pakatan Rakyat yang semakin lama diminati, disukai dan disokong oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia.

Sekarang, peperangan epik akan berlaku di Manik Urai. Peperangan antara dua gergasi lama didalam alam politik Malaysia akan tercetus sedikit masa lagi. PAS telah berjaya mengalahkan Umno sebanyak dua kali di dalam pilihanraya kecil baru - baru ini. Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Tahun ini merupakan tahun malang buat musuh tradisinya iaitu Umno.

Peperangan epik yang sememangnya di tunggu - tunggu oleh semua orang. Umno yakin akan merampas kerusi ini daripada PAS. PAS yakin kerusi ini akan dikekalkan kerana kerusi ini telah lama dipertahankan hatta ketika PAS dalam keadaan lemah pada tahun 2004. Siapa yang bakal berjaya. PAS sememangnya menunggu saat ini untuk membelasah Umno di Manik Urai. PAS sememangnya bakal menggunakan senjata - senjata yang berat untuk menghapuskan Umno di Manik Urai. Jeneral perang PAS di Perak telah dicederakan dengan begitu teruk. Nizar (MB Perak) telah dicederakan oleh Umno. Askar - askar PAS sememangnya menunggu saat ini. Umno boleh saja menurunkan gangster - gangster keparat yang tidak punya otak untuk tolong membantu jentera mereka. Tapi apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan semangat berkobar - kobar oleh askar - askar PAS yang sedang menunggu mereka di Manik Urai.

Ribuan anak muda PAS sedang menunggu mereka di pintu masuk pekan Manik Urai. Mereka menunggu kedatangan Umno umpama menunggu kedatangan tentera Zionis di bumi Palestin. Bendera - bendera PAS berkibaran di pintu masuk pekan Manik Urai. Ribuan anak - anak muda PAS bakal dibantu oleh pemuda keADILan dan DAP. Anak - anak muda Kelantan yang sayangkan Tuan Guru Nik Aziz juga telah bersiap - sedia. Umno dianggap Zionis dari kaca mata mereka. Laungan takbir dan slogan rakyat akan dikemundangkan. Suara rakyat di Manik Urai bakal menggerunkan tentera Zionis Umno.

Ayuh rakyat Kelantan, ayuh Rakyat Malaysia. Manik Urai sedang menunggu kalian semua. Bumi Manik Urai, kami datang!!!!

Selasa, 2 Jun 2009

Itulah Sebabnya Kena Cari Kontraktor Yang Jujur






Dah memang menjadi amalan kerajaan Malaysia. Aku berani cakap. Kontraktor yang buat pembinaan ini mesti bermasalah. Kenapa aku cakap dah jadi amalan kerajaan Malaysia. Sebagai contoh Ini buktinya :

Sebuah konsortium yang diketuai syarikat Jepun hari ini diberikan kontrak besar RM1.3 bilion bagi membina saluran paip air bawah tanah dari Pahang ke Selangor. Kontrak itu ditandatangani di Putrajaya antara kerajaan persekutuan dengan Shimizu Corp sebagai syarikat utama, Nishimatsu Construction Co dan dua syarikat tempatan UEM Builder dan IJM Corp.

Kontrak ini boleh menjadi kontroversi baru apabila Nishimatsu kini sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah di Jepun dan beberapa tahun lalu dituduh cuai dalam satu projek pembinaan di Singapura.Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin Fah Kui bagaimanapun berkata imej negatif syarikat tersebut tidak menjadi masalah selagi ia mampu menyiapkan projeknya seperti ditenderkan.

Chin bercakap demikian dalam satu sidang akhbar majlis tandatangan tersebut. Wakil keempat-empat syarikat tersebut tidak hadir.

Sumber : Malaysiakini

Bagi kerajaan Barisan Nasional, yang penting siap. Kesan yang bakal terjadi selepas pembinaan, nombor dua...haaaa Undilah Lagi!!!!

Isnin, 1 Jun 2009

BN Gagal Kuasai Media Alternatif Kerana....

KUALA LUMPUR, June 1 – The race is on for the Najib administration to have a bigger footprint in the one space where it has not been able to dominate or influence discourse – the Internet.

Sumber : TheMalaysianInsider

-------------------------------------------------------------

Jika saudara - saudari membaca keluhan dari BN, mereka akui mereka gagal menguasai media alternatif iaitu Internet. Apa puncanya?

Puncanya senang sahaja. Wujudlah puluhan ribu blogger pro-BN namun anak - anak muda tetap memandang sepi dengan isu yang dibawa oleh blogger - blogger BN. Blogger - blogger BN bagi anak - anak muda Malaysia dianggap sebagai penyambung berita dan isu - isu yang ada di media perdana. Blogger - blogger BN harus terima hakikat ini. Pakatan Rakyat tidak mempunyai akses untuk memasuki berita dari media perdana. Dari RTM hingga ke Bernama. Kebanyakkan berita yang masuk hanyalah bersifat tuduhan kepada Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia bukannya bodoh mahu menerima bulat - bulat cerita dan berita yang keluar dari media perdana yang terang - terang berpihak kepada BN. Mereka mengkaji dan menganalisa setiap berita itu dengan membuat perbandingan dengan ulasan dan berita yang ada di dalam alam internet ini.

Blogger BN harus faham, media perdana yang wujud di Malaysia ini jarang sekali memberi liputan meluas aktiviti kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Media perdana jarang sekali mendapatkan penjelasan terhadap sesuatu isu daripada para pimpinan Pakatan Rakyat. Sehingga menimbulkan tanda tanya kepada rakyat Malaysia apakah benar perkara ini dilakukan oleh Pakatan Rakyat? Ini menyebabkan mereka mula mencari sumber berita yang lain.

Nasihat saya kepada blogger BN. Hentikan usaha anda. Blog - blog anda tidak akan memberi impak yang jelas kepada anak - anak muda dan rakyat Malaysia. Ya blog - blog anda semua menerima kunjungan pembaca mencecah puluhan ribu pembaca tapi adakah anda semua berjaya mempengaruhi mereka? Tidak....usaha anda gagal...gagal sama sekali.

Usaha anda hanya berjaya jika media tidak berat sebelah maka barulah blog - blog anda mungkin memberikan sedikit impak. Buat masa sekarang...GAGAL!!!!

Ciri - Ciri Anak Muda Yang COOL


Sebulan sekali pada malam minggu tengok drag racing dekat Litar Sepang



Malam minggu lepak dekat Hartamas Square



Bila tiba pilihanraya PAKATAN RAKYAT jadi PILIHAN

Itu lah ciri - ciri anak muda yang COOL pada masa kini...