Jumaat, 31 Julai 2009

Umpama Yahudi Lari Bertempiaran Bila Jumpa Tentera Rasulullah s.a.w

Umpama Yahudi bertempiaran lari apabila melihat tentera Rasulullah s.a.w di pintu masuk kota Khaibar.



Begitulah dengan mereka ini...



"Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) membatalkan tempat pertemuan penyokongnya di Masjid Negara tetapi mengekalkan dua lagi lokasi - di Padang Merbok dan di Pasar Seni.Timbalan Pengerusi 11 Pewaris, Rahimuddin Md Harun berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat terakhir malam tadi."



lepas itu



"Kita lebih memfokuskan kepada hendak menjaga keharmonian. Yang berkumpul di situ, sepatutnya budak-budak silat, boleh kalau nak bertembung, tetapi kesucian tempat ibadat itu lebih penting dipertahankan"



Sumber : Malaysiakini



Orang benar senantiasa digeruni oleh mereka yang jahat.



Bagilah pelbagai alasan macam mana sekali pun..mereka akur..kehadiran mereka tidak dapat menandingi puluhan ribu rakyat yang berhimpun di Masjid Negara...jika dikumpulkan ketiga - tiga lokasi ini..InsyaAllah..ratusan ribu akan berhimpun..



MANSUHKAN ISA!!

Khamis, 30 Julai 2009

Sedih Dan Pilu...Khas Buat PEWARIS dan PEKIDA..Bacalah

Jika mereka yang tersangat - sangat mahu membela ISA ini. Renungkanlah, ramai anak - anak tahanan tidak dapat berjumpa dengan ayah mereka. Bertahun lamanya.

Sudahlah ditahan namun pendakwaan masih tiada.

Bacalah kepada ahli PEKIDA, PEWARIS dan PERKASA..bayangkan jika ini berlaku kepada saudara mara kamu atau diri kamu sekelian..

Harakahdaily telah mengeluarkan komen daripada salah seorang anak tahanan ISA....

Buka minda dan hati anda untuk membacanya....

Ya Harakah lidah rasmi PAS...tapi kepada siapa lagi mereka mahu mengadu??

MANSUHKAN ISA!!!

Dah Tau Perhimpunan Haram..Yang Korang Nak Buat Juga Apa Hal!!!

"Perhimpunan haram seperti ini hanya akan menyusahkan rakyat dan bantahan beribu orang adalah hanya suara minoriti sahaja berbanding dengan majoriti rakyat yang muak dengan demonstrasi dan perjuangan yang tidak berasas serta tidak mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia," tegas kanyataan bersama itu.

baca seterusnya : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nampak tak kebebalan puak - puak pembela ISA ni...dah nampak benda ni perhimpunan haram yang korang nak buat juga apahal...kata suruh patuh undang - undang. Ni hangpa pun tak patuh..

Cakap macam ulaq (ular)...aku dah kata..depa ni bela ISA untuk Umno bukan untuk MELAYU..tak percaya..dari dulu lagi depa hina Melayu..nah buktinya!!




Membohong ja kerja depa!!

Jangan jadi bodoh boleh tak??

Satu Suara Satu Matlamat...MANSUHKAN ISA!!




Kenangan BERSIH 2007..mampukah kita ulanginya?? Ya kita mampu





BANGKITLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA

REFORMASI!!

MANSUHKAN ISA!!!!

Tinggal 2 hari Sahaja Lagi, Debaran Semakin Memuncak

Tinggal 2 hari sahaja lagi, perhimpunan raksasa Rakyat Menentang ISA semakin hampir. Saya sebagai individu yang bakal turut serta dalam perhimpunan tersebut berasa teramat teruja untuk menyertai perhimpunan. Anak muda tanpa pemberontakan dan penentangan adalah anak muda yang skema habis.

Membayangkan ratusan ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara. Gelombang merah dan hitam berarak umpama TSUNAMI. Amarah rakyat terhadap akta zalim dari suduh kemanusiaan dan agama. Laungan demi laungan akan dilaungkan.

JANGAN PEDULI sama PEWARIS dan PEKIDA, mereka lupa dalam ISA insan yang paling ramai ditahan di bawah akta ini adalah MELAYU...MELAYU...kalau ada ahli PEKIDA baca blog ini. Tolong sedarkan diri...MELAYU yang paling ramai kena tahan.

Pastikan kita berada di dalam sejarah moden ini. BERSIH kita berjaya. PPSMI kita berjaya. Sekarang akta kejam ini menunggu kejayaan kita untuk memprotesnya.

HIDUP RAKYAT!!
MANSUHKAN ISA!!

Rabu, 29 Julai 2009

Ciri - Ciri Anak Muda Malaysia Baru : 4

Ketika Jonah dan Fuad ditahan di bawah akta zalim in, aku bersama – sama rakan terasa kebangkitan mahasiswa akan kembali. Tidak dapat gaya tahun 70an pun takpa janji kebangkitan itu telah ada. Namun nyata kebangkitan itu senyap dan terus senyap. Tahun 2001 sampai ke tahun 2004 merupakan tahun malang buat rakyat. Macam tulisan siri nombor 4, rakyat mula menjauhi pembangkang dan menjauhi apa yang berlaku di dalam Malaysia ini.

Aktiviti berdemo lumpuh sama sekali. Berdemo hanya ketika bila ada isu antarabangsa. Aku masih ingat, aku diberi peluang untuk menghadiri sidang akhbar di sebuah kolej Cina di Kajang. Mengenai isu serangan Amerika kepada Iraq dan serangan Yahudi Umno opsss Zionis keatas bumi Palestin. Bangga wei..muka masuk akhbar. Akhbar Cina la. Beli siap simpan dalam almari. Pengalaman hidup itu, tiada siapa yang boleh bagi. Lepas demo besar – besaran di KLCC. Ribuan manusia membanjiri KLCC. Hujan turun renyai – renyai. Bila mula nak berarak macam biasa, polis halang. Aku ingat lagi salah seorang pimpinan KARISMA kalau tak salah la, Suffian namanya hampir ditahan, Khairil UBU sempat menarik dia. Terlepas!! Nasib baik kau Suffian. Lepas tolak – menolak mula berlaku. Biasalah anak muda, darah panas, hampir bertumbuk aku dengan OCPD Cheras waktu tu. Gasak punya gasak, CID datang cuba nak tahan aku. Bagi kuntau sekali, terlepas, aku terjun kearah orang ramai. Sampai kat bawah, tuppp aku nampak Jonah pun sama. Hahahaha...kesian polis tak dapat tahan kami. Sorry arrr...jangan marah abang – abang polis.

Pada tahun 2002, UBU kelihatan sepi. Insan yang selama ini menjadi rujukan buat mereka hilang kerana telah ditahan di bawah akta bangsat ini. Aku telah diberi peluang untuk mengutuskan surat kepada Hishamuddin Rais. Selang 2 minggu beliau membalas kembali. Apa lagi kecoh satu taman. Aku tayang surat tu kat semua kawan – kawan. Semua seronok. Individu yang cukup sinonim dengan anak muda boleh balas surat aku. Ayah aku, mak aku, abang aku pun tumpang seronok. Tapi macam biasa, ada juga suara kat taman aku kata “Wei, dia sosialis!” memang siot la diorang nie. Tahun 2003, Pak Lah macam biasa buat tradisi kalau PM baru naik takhta. Semua tahanan ISA yang ditahan ketika era Mahathir khasnya tahanan reformasi dibebaskan. Aku masih ingat aku, Black (AminIskandar.com), Jonah, Din Petai, Ariff Abdul, Koy berkumpul di Mahkamah untuk menantikan detik – detik pembebasan Hishamuddin Rais dan Tian Chua. Aku berpeluang masuk ke mahkamah dan buat pertama kali aku dapat berjabat tangan Hishamuddin Rais. Akhirnya mereka dibebaskan. Sorakan reformasi berkumandang. Sorakan keseronokan di sana – sini.

Selepas itu pada tahun 2003, ada usaha untuk mengembalikan kebangkitan rakyat. Aku masih ingat ada usaha untuk membela mangsa – mangsa kezaliman Mahathir yang terdiri daripada mahasiswa yang telah ditangkap waktu perhimpunan anti-ISA di Masjid Negara tak silap aku pada hujung tahun 2001. Masih ingat bagaimana usaha untuk memobilasikan mahasiswa untuk turun sekali lagi ke jalanraya. GAMIS, UBU, DEMA, KARISMA, dan banyak lagi datang bermesyuarat untuk memastikan usaha ini berjaya. Tarikh yang dipilih ketika perbicaraan untuk tujuh orang pahlawan muda ini akan dibicarakan. Setelah sesi penerangan dibuat keseluruh negara dibuat maka tarikh yang ditunggu – tunggu akhirnya tiba.

Selesai solat Jumaat di Masjid Negara, kira – kira 300 orang mahasiswa datang berhimpun. Ratusan mahasiswa mula berkumpul di depan bangunan JAWI. Macam biasa, polis dah ada. Juak – juak Umno pun ada siap suruh kami balik. Tapi kami buat tak endah. Maka perarakan pun bermula. Slogan kepada ISA 7 dilaungkan sekuat – kuat hati. Sampai depan bangunan Dayabumi, maka datanglah polis – polis yang memakai vest warna kuning. Berdepan saja dengan mereka, maka kami terus duduk. Tapi arahan dari pihak atasan telah dikeluarkan, maka tangkapan pun berlaku. Perhimpunan tersebut Berjaya!! Matlamat untuk parti politik jangan mensia – siakan mereka ini akhirnya dapat perhatian.

Jika aku pandang sepanjang tahun 1998 – 2003, jiwa anak muda hanyalah satu. Penentangan, pemberontakan, demonstrasi adalah darah dan jiwa mereka. Tanpa semua itu, anak muda akan gagal. Anak muda jika parti politik itu takut berdemo, maka parti itu akan dijauhi. Anwar Ibrahim disukai oleh anak muda, kerana lagenda beliau hebat berdemo. Hishamuddin Rais disukai kerana itu juga.

Anak muda tanpa demonstrasi umpama Adam tanpa Hawa...Keinginan mereka untuk berdemo cukup tinggi. Tapi berdemo hanya pada isu yang HAQ dan benar!! Itu ciri – ciri mereka!!


bersambung...............

Buat PEKIDA..Ingat Lagi Wajah Ini??


Ini merupakan wajah yang selalu mengangkat imej PEKIDA di mata rakyat Malaysia. Daripada PEKIDA tiada siapa pun kenal hinggalah orang kenal sekarang ini. Insan ini di belakang kad keahlian PEKIDA ada tandatangannya.

Sekarang insan ini mahu ISA dimansuhkan. Sekarang insan mengatakan ISA zalim...

Jadi atas tujuan apa yang kamu semua mahu mempertahankannya lagi. Dia yang sanggup menurunkan tandatangan di belakang kad keahilan PEKIDA juga membantah ISA. Tarik diri himpunan PERWARIS...ikutilah himpunan GMI!!

MANSUHKAN ISA

Lagi Bukti ISA tak diperlukan untuk membela ISLAM!!

Saja saya pastekan tulisan Dr.MAZA mengenai ISA ini. Walaupun saya telah meletakkan link untuk artikel tulisannya itu di artikel dahulu, namun saya tetap mahu meletakkannya supaya puak - puak yang bodoh ini dapat membacanya.

Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

“Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

“Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

“Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, “Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia".

Islam Dan Melayu Bukan Penakut Sampai Nak Kena Ada ISA

Kalau orang PERWARIS, PERKASA, PEKIDA (pertubuhan yang penakut dan kanser untuk orang Melayu) mengatakan orang Melayu perlu pada ISA..sebenarnya mereka hanyalah mahu ISA khas untuk Umno. ISA akan memastikan Umno terus berkuasa.

Jika bekas MUFTI PERLIS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin boleh mengatakan ISA zalim. Orang Islam tidaklah bacul. Menggunakan ISA untuk membela Islam dan Melayu benar - benar membuktikan orang Islam dan Melayu bacul kerana tidak mampu berhujah untuk menangkis hujah pihak yang lain.

Jika PERWARIS dan PERKASA Zionis masih mahu mempertahankan ISA. Ini bukti tahap keintelektualan mereka masih rendah atau dalam erti kata yang lain BODOH!!

Jika PERWARIS dan PERKASA Zionis masih mahu mempertahankan ISA. Ini membuktikan mereka PENAKUT untuk berhujah. Ya memang mereka penakut!! Jangan lupa bagaimana ketika GMI ajak mereka berdebat berbagai syarat dibaginya namun haram tak datang!!

Jadi buat sahabat - sahabatku yang beragama Islam dan Melayu, mari kita turun berdemo untuk membuktikan pada orang bukan Islam dan bukan Melayu, kita tidak bacul. Kita berani menghadapi apa saja cabaran tanpa perlu pembelaan zalim daripada ISA!!

Selasa, 28 Julai 2009

3 Hari Sebelum 1 Ogos 2009

29/8/2009, bermakna tinggal 3 hari saja lagi perhimpunan raksasa rakyat membantah akta zalim iaitu ISA. 3 hari saja lagi kita rakyat Malaysia akan merakamkan sejarah yang paling besar dalam negara kita. Perhimpunan aman...diulangi sekali perhimpunan aman akan mencatatkan sejarah yang tersendiri dimana ratusan ribu rakyat akan membanjiri jalan-jalan di Kuala Lumpur untuk membantah akta zalim ini.

Buat anak muda Malaysia, bangkitlah. Sertailah perhimpunan ini. Jangan bimbang dengan kelompok kecil PERWARIS (PEKIDA), PERKASA (ketuanya perangai macam Zionis Yahudi), ahli - ahli silat lincah. Apa yang mereka boleh lakukan? Pukul? Provoke? Bergaduh?

Sebaik melihat ratusan ribu tentera merah dan hitam berarak..pasti hati mereka gerun. Kita jangan sesekali mengapakan mereka. Jangan sesekali mencuba untuk melukakan mereka. Biarkan mereka lari bertempiaran melihat ratusan ribu rakyat berarak untuk mengadap Yang Dipertuan Agong. Biarkan mereka bertempiaran lari laksana syaiton dan iblis mendengar suara azan. Biarkan mereka bertempiaran lari umpama Yahudi melihat tentera Rasulullah s.a.w dipintu kota Khaibar.

Biarkan mereka!!

Kita berada dipihak yang benar. Orang Cina mahu membela sahabatnya kaum Melayu yang paling ramai ditahan di bawah ISA. Orang India mahu membela orang Melayu yang paling ramai ditahan di bawah ISA.


Kita harus bertambah semangat kerana DSAI akan memimpin kita sekali lagi. Beliau bakal memimpin himpunan bersejarah ini. Jangan takut wahai sahabatku. Kita seharusnya lebih bersemangat untuk berhimpun. Kebangkitan ratusan ribu rakyat ketika tarikh tersebut akan membuka mata masyarakat yang masih tertipu dengan dakyah Umno bahawa mereka masih membela Melayu walhal masih ramai lagi tahanan ISA yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Jika DSAI sanggup, kenapa kita harus gentar!! Anak muda Malaysia harus berani dan bersemangat untuk hari bersejarah ini. Hari di mana yang hak bertemu dengan yang BATIL!!

Pastikan 1 Ogos 2009 pada jam 2 petang nanti..apabila kita mula berhimpun dan memulakan perarakan ini...gelombang merah dan hitam akan datang membadai umpama TSUNAMI!!

Ini janji kita!!

MANSUH..MANSUH..MANSUH ISA!!

Isnin, 27 Julai 2009

Ibrahim Ali Perangai Macam Yahudi!!

Mohon maaf kalau kali ini tulisan aku agak keras dan sememangnya keras.

Bagi aku antara Khairy Jamaluddin dan Ibrahim Ali, sepuluh kali mulia lagi Khairy!!

Sekurang - kurangnya Khairy tidak mempunyai perangai macam Ibrahim Ali.

Ibrahim Ali manusia yang paling munafik. Dia ini setaraf dengan Abdullah bin Ubay dan Abdullah Bin Sabaq (pengasas mazhab Syiah yang berketurunan Yahudi)

Ketika tiada kuasa, pandai mengadap TG Nik Aziz.

Pandai datang rumah DSAI.

Dah dapat kuasa..habis semuanya dia tinggalkan!!

Betul - betul perangai macam Yahudi!!

Maaf..perasaan marah yang terlalu membuak - buak!!



wajah si munafik!! sekarang mahu menentang rakyat!!

1 Ogos : Himpunan Terbesar Anak Muda Malaysia

Buat anak muda Malaysia, pastikan pada tarikh tersebut kita hadir beramai - ramai. Buktikan kita anak muda bencikan ISA. ISA hanya untuk membela UMNO dan Barisan Nasional

Jika PEWARIS, PEKIDA, PERKASA, dan yang lain - lain bangkitkan isu Melayu. Sebenarnya mereka itu bodoh yang teramat. Dalam ISA tahanan yang paling ramai ditahan adalah orang MELAYU.

Orang Melayu yang menentang Umno. Orang Melayu yang ditahan tapi bukti hingga sekarang tiada.

PEWARIS, PERKASA, PEKIDA hanyalah alat tunggangan Umno!! Alat untuk menipu rakyat. Alat untuk mengabui mata orang Melayu.

ISA ramai Melayu yang ditahan!!

ISA ramai ayah - ayah yang berketurunan Melayu Islam ditahan!!

ISA telah menyebabkan ramai anak - anak yang membesar tanpa ayah!!

ISA menahan orang Melayu tanpa sebab dan bukti tiada!!

Jadi apa yang mereka bela!!

WAJIB untuk anak muda bangkit...banjiri jalan - jalan di Kuala Lumpur ini!!

Pastikan ratusan ribu akan menenggelamkan ratusan kelompok kecil yang menyokong ISA!!

BANGKITLAH ANAK MUDA!!

BANGKITLAH ANAK MUDA!!

BANGKITLAH ANAK MUDA!!


Nizar Pegang Lilin..Najib??



WEL..WEL..WEL..

YELEY PETEY YELEK

SAYA..SAMI NAJIB..DATANG DARI PEKAN MARI..AMMAAAKKKKKK

Ahad, 26 Julai 2009

Bela Melayu?? kahkahkah

UMNO TIDAK KETEPIKAN BUMIPUTERA- melayau

SEMPORNA 25 Julai - Rakyat dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak bahawa UMNO sudah mula melaksanakan dasar yang dilihat mengabaikan bumiputera.

Naib Presiden UMNO Mohd. Shafie Apdal berkata, kesungguhan Najib Razak yang juga Presiden parti dalam membantu bumiputera tidak pernah berubah melalui beberapa dasar yang diumumkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ni aku ni orang kedah...yang si mangkag ni mai jadi ketua perhubungan kat negeri aku ni apa pasai?? Awat orang kedah dah takdak ka??

Cuba mintak dia cari makna POEN..jenuh dia tak tau punya..

Lagi satu pasai bela melayu...dah 50 tahun lebih Umno perintah kedah..apajadi kat orang Baling, Yan, Sik, Kuala Sala, Changlun, Kodiang...haram tak berubah...ni tetiba dok sembang pasai isu Melayu..

PODAHHHHH..POEN sunggoh!!!

Umat Islam Ditindas Di Mana - mana

Aku dah tak peduli orang nak kata aku PENGGANAS ka, apa ka..

Tapi ini adalah realiti...setiap kali perjuangan di Malaysia ini menghadapi kesulitan segera aku teringat dengan sengsara umat Islam yang ditindas oleh mereka - mereka yang berhati binatang ini.

Lihat Umat Islam di Palestin...mereka tabah dan teruskan berjuang...

Lihat Umat Islam di Xinjiang..mereka inilah yang telah datang berhijrah dari bumi Yunan di Xinjiang turun ke utara Malaysia untuk menyebarkan Islam di kalangan kita..merekalah ini yang datang dari China telah membentuk jatidiri bangsa Melayu yang sebenar..bukannya acuan penjajah British dan Umno...mereka tetap pertahankan iman mereka walaupun telah dihentak kiri dan kanan...


Kita harus mempunyai semangat perjuangan yang kental seperti mereka...tidak pernah mengaku kalah...buat pejuang rakyat di Malaysia..berjuanglah umpama mereka ini..diharapkan video klip di bawah ini dapat menaikkan semangat kita untuk terus BERJUANG!!!




Sabtu, 25 Julai 2009

Melayu Tak Perlukan ISA!!

Hanya si penakut saja yang perlukan ISA. Hanya PERWARIS umno saja yang perlukan ISA. Hanya gangster penakut PEKIDA (bila ramai saja berani) saja yang perlukan ISA. Hanya pertubuhan silat yang tok gurunya pernah dibuang di Pulau Jerjak saja yang perlukan ISA.

Kita melayu dan Islam sama sekali tidak perlukan ISA. Beribu tahun kita menjadi sebuah empayar yang cukup besar yang melitupi dari utara Thailand (dahulu sebagai siam) hingga ke seluruh Indonesia. Kita tumbang pada tahun 1876 kerana perbuatan khianat seorang lelaki MELAYU.

Ekoran dari langkah PERWARIS yang mahu mengadakan pertembungan bersama GMI, suka saya tanyakan satu soalan kepada mereka?

Dalam ISA itu BANGSA APA YANG PALING RAMAI KENA TAHAN??

Jika dapat jawab...cukup!!

Mari bersama dengan GMI...

Jumaat, 24 Julai 2009

Ciri - ciri Anak Muda Malaysia Baru : 3

Selepas kemenangan agak besar yang diperolehi oleh Barisan Alternatif (ketika itu), boleh dikatakan ramai yang sedaya – upaya menangkis tohmahan dari Zionis Umno. PAS ketika itu bermati – matian menentang tindakan kejam Zionis BN yang menarik kembali royalty minyak yang dilaksanakan oleh Mahathir.

Namun kemenangan itu tidak dikongsi bersama. Minta maaf kalau ada orang terasa, tapi inilah hakikatnya. Kerajaan Terengganu tidak disebut sebagai kerajaan Barisan Alternatif sebaliknya kerajaan PAS. Aku tak nafikan, ramai kawan – kawan nakal aku ketika sekolah dulu agak pelik sampai timbul satu persoalan di kalangan rakan – rakan..kata BA..mana BA nya.

Tahun 2000, aku dan rakan – rakan mula sibuk untuk menghadapi SPM. Dalam sibuk – sibuk, sempat lagi aku menghadiri perhimpunan The Judgement Day 2000. hari dimana DSAI dijatuhkan hukuman untuk 9 tahun penjara. Hukuman itu disebabkan fitnah paling bangsat iaitu liwat. Aku ingat lagi ramai yang berucap. Perhimpunan itu diadakan depan Bangkok Bank. Hampir 5,000 orang berhimpun. Ucapan demi ucapan diberikan. Suasana pilu waktu saat – saat terakhir hukuman terhadap DSAI akan diumumkan. Bila umum saja, terus FRU, SB dan polis – polis yang lain datang serang. Berterabur orang lari. Water Cannon digunakan. Aku masa itu pelajar sekolah lagi nak ambil SPM lagi. Maka kena lari dengan kawan baik aku seorang ni, Zali namanya. Seronok juga masa itu. Sampai aku kena kantoi dengan ayah aku di LRT Masjid Jamek. Tapi nasib baik dia ok.

5 Nov 2000, puluhan ribu rakyat berhimpun di lebuhraya KESAS. Hari dimana aku masuk hospital. Demam takut nak ambil SPM hahaha. Ayah aku macam biasa mesti pergi punya demo tu. Aku ambil laporam pun dari dia dan harakah. Semangat membuak – buak. Panas saja hati aku bila tengok polis jadi jahat.

Habis SPM, aku mula enjoy sana – sini. Biasalah anak muda kan. Tak nak enjoy, budak skema la. Sampai tahun 2001 tak silap aku pertengahan 2001, aku hadiri himpunan untuk menghantar laporan rasuah yang diketuai oleh abang kotak lompat Ezam dan Mahfuz. Masa itu, gandingan mereka berdua ini mantap. Perut masing – masing tak BOROI. Bukan macam Shamsul Iskandar dan Nasharuddin. BOROI. Jangan marah. Ini hakikat. Kalau anak muda BOROI siapa nak ikut. Anak muda kena kelihatan cergas. Bukan BOROI. Sebab BOROI Nampak malasnya. Serius, memang masa itu, Ezam dan Mahfuz ikutan anak muda ketika itu. Ucapan berapi. Dengar depa berucap, pehhh naik bulu roma.

Ok patah balik cerita demo tu. Hari itulah aku kenal apa itu U.B.U. Hari itulah mereka yang terlibat dengan U.B.U aku mula kenal. Mereka inilah yang menjadi mentor dalam gerakan anak muda..bagi aku la. Insan pertama aku kenal adalah Khairil. Aku ingat lagi, dia tengok ja aku terjerit – jerit sorang – sorang kat depan bangunan SOGO. Lepas itu dia himpit aku, tanya nama. Lepas itu ajak aku pergi BANGSAR UTAMA. Di sana aku kenal pula Jonah (Khairul Anuar) sekarang merupakan pimpinan Pemuda KeADILan Selangor, Koy, Din Petai, Ejan (ISA 7), dan mamak – mamak yang kerja di restoran Maidin 22 jam. Selang dua hari aku mula mengenal Rahmat.

Lepas itu tangkapan ISA mula dilaksanakan. Mahathir sudah mula takut dengan kebangkitan anak muda Malaysia. Sepuluh tahanan ISA. Salah seorangnya Hishamuddin Rais dan Jonah. Lepas itu anak muda Malaysia khasnya mahasiswa mula bangkit. Perhimpunan terbesar mereka adalah di Masjid Negara. Kira – kira 500 orang berhimpun. Sekali lagi kekerasan dilaksanakan. Ejan dan rakan – rakan di tahan.

Semenjak saat itu, gerakan reformasi boleh dikatakan lumpuh sama sekali. Semua senyap. keADILan senyap. PAS mula buli rakan – rakan dalam BA. DAP keluar BA. Rakyat terhimpit. Semua senyap. Rakyat mula menjauhi pembangkang. Rakyat mula tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku sama pembangkang. Tumpuan mereka hanya satu, penuhkan poket dan DSAI macam mana. Itu adalah realiti.

Semua orang harus sedar, perpecahan sesama pembangkang menguntungkan BN. BN lemah sebenarnya. Tapi pembangkang yang telah memberi ruang kepada mereka. Anak muda Malaysia menyampah dengan perangai macam ini. Sebab itu kenapa pakatan pembangkang ketika itu mula dijauhi.

Bersambung.............

Rabu, 22 Julai 2009

Tuntutan Rakyat Berjaya...Tapi Akan Berhasilkah??

Akhirnya untuk mempertahankan momentum 65% popularitinya, Najib terpaksa menubuhkan juga Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kes mendiang Teoh Beng Hock.

Tapi kini timbul persoalan baru??

Bagaimana kes
VK Lingam?

Hingga sekarang tidak ada apa - apa berita??

Boleh percayakah dengan Suruhanjaya ini??

Semua institusi negara hampir rosak??

Apa yang ada pada rakyat Malaysia??

Selasa, 21 Julai 2009

1 Ogos 2009 : MARI BERHIMPUN



I.S.A - IKUT SUKA AKU

IKUT SUKA AKU nak tangkap siapa pun

IKUT SUKA AKU nak tahan berapa lama pun

IKUT SUKA AKU nak biarkan anak - anak mereka membesar tanpa ayah

IKUT SUKA AKU nak jatuhkan hukuman apa pun

IKUT SUKA AKU nak membiarkan isu TEOH BENG HOCK ini jadi isu perkauman

IKUT SUKA AKU nak tuduh DSAI kaki liwat

IKUT SUKA AKU nak naikkan tambang teksi, bas dan bas sekolah

IKUT SUKA AKU nak membohong kata aku bekerja untuk rakyat

IKUT SUKA AKU...IKUT SUKA AKU...IKUT SUKA AKU...SUKA HATI LAAAAAAAAAAA

JOM BERHIMPUN kasi lawan orang yang sesuka hati nak melakukan kezaliman...

Isnin, 20 Julai 2009

Ciri - ciri anak muda Malaysia Baru : 2

Ketika waktu aku berumur 15 tahun, tahun pada waktu itu adalah tahun 1998. Aku baru saja akhil baligh (mimpi basah layan wooo). Suara baru nak pecah. Baru pandai nak pandang - pandang kawan sekelas atau kawan satu sekolah yang berlainan jantina. Tapi bukan itu yang aku nak beritahu. 1998 merupakan tahun penting dalam sejarah moden dalam negara kita. Tahun yang telah menggegarkan politik Malaysia sehingga sekarang. Tidak pernah senyap dan tidur. Semenjak tahun itu beberapa aksi kekejaman regim Zionis BN mula terserlah.

Baik, pada awal tahun tersebut aku masih ingat aku dipaksa oleh Allahyarham ayah aku untuk pergi ke Rembau, katanya ada benda penting dan aku kena ikut. Biasalah, umur 15 tahun, bulu ketiak baru nak tumbuh mana nak ikut sangat kan. Tapi ayah punya pasal aku pun ikutlah. Dalam perjalanan ke Rembau aku tanya pada Allahyarham ayah aku, "Pasaipa kita nak pi Rembau ni, ada apa - apa ka?". Ayah aku cakap, kawan baik dia bakal menghadapi masalah besar. Apa masalahnya tak mahu pula dia beritahu. Kawan Allahyarham ayah aku ini bernama Dato' Apandi Johan bekas ADUN di dalam kawasan Rembau.

Sampai saja di rumahnya, aku pun tengok la ramai la juga insan - insan yang merupakan penyokong setia beliau dan Umno berkunjung ke rumah beliau. Selamba badak aku tanya kat ayah aku, "Papa penyokong Umno ka?" Pannggggg sedas dapat. Ayah aku anti Umno. Tapi atas dasar persahabatan dia datang juga. Selidik punya selidik rupanya ada solat hajat nak dibuat. Tanya lagi rupanya kawan ayah aku ini orang DSAI. Waktu aku mentah lagi dalam berpolitik.

Lepas habis solat hajat dan pelbagai lagi masa perjalanan pulang aku tanya sekali lagi dekat ayah aku, apa benda semua nie. Dia cakap DSAI akan kena pecat. Aku tanya lagi sebab apa nak kena pecat bukan dia ok ka? Sebab dia nak lawan Mahathir.

Memang benar terjadi tepat 2 September 1998, DSAI dipecat daripada Umno dan kerajaan Malaysia. Aku dah mula minat dengan politik Malaysia. Ceramah DSAI aku ikut sampai la dia kena tangkap.

Dekat sekolah aku dan rakan - rakan buat gila. Berdiri tepi balkoni sekolah masa perhimpunan hari Isnin, naik syeikh jerit REFORMASI ramai - ramai. Ramai juga la yang ikut. Pangggg sedas aku dapat dari cikgu displin. Tapi yang syoknya cikgu yang lempang aku tu aku jumpa dia tengah berlari kena hambat dengan FRU masa kes ARSENIK.

Jadi kelompok tahun 1998 hingga tahun 2000 masih kuat pegangan reformasinya. Aku dan sahabat - sahabat masih yakin dengan perjuangan REFORMASI. Seronok sebab dapat lawan polis. Seronok sebab dapat baling plastik air kat kereta Mahathir waktu dia tengah ronda - ronda dengan Pajeronya di kawasan sekitar Sogo.

Tapi dalam tempoh itu, ayah aku sedih. Sahabatnya yang ADUN tadi tu penakut. Tidak mahu melawan Mahathir. Takutkan kuasanya hilang, wang tiada, kena tangkap.

Tahun 1999 merupakan tahun yang paling seronok dalam hidup aku. Mau tak seronok berarak untuk penamaan calon di Pandan Indah untuk DUN Pandan dimana sekarang ini DUN Cempaka yang telah dimenangi oleh Iskandar Samad (sorry kalau salah nama bapak dia). Beribu orang datang. Aku macam biasa dengan ditemani kira - kira 30 orang kawan sekolah duduk barisan depan pegang bendera PAS dan KeADILan jerit REFORMASI kuat - kuat. Puas hati aku. Siang malam aku berkempen untuk calon KeADILan tu. Tapi terus - terang aku katakan, masa tu gabungan pembangkang masih tahap telur mentah. Ada sebahagian ahli PAS yang wujud pada tahun 1998 memperlecehkan DSAI dan partinya. Masa itu Sivarasa Rasiah bertanding di Parlimen Ampang (kalau tak silap). Ada tindakan biadap ahli PAS, gunting gambar kepala kerbau tu (lambang PRM) pastu lekatkan muka Sivarasa Rasiah kat situ dan bangga kata " Ni tempat kau". Tak percaya, lantak pi kat hangpa. Benda ini memang wujud.

Sebab itu kenapa anak - anak muda Malaysia baru ini sekarang kurang selesa dengan PAS sebab isu - isu bodoh macam ini. Mereka sokong PAS sebab muka DSAI dan memang bencikan Umno dan hasilnya 8 Mac 2008 terduduk Umno.

Ahli PAS yang perangai macam itu, sila ambil perhatian!!!

bersambung...........

Selamat Menyambut Israk Mikraj

Khas buat umat Islam, selamat menyambut hari yang penuh bermakna dalam kehidupan seharian kita.

Akibat peristiwa ini, solat lima waktu diperkenalkan.

Bacalah artikel yang dikutip dari www.al-ahkam.net.

Sempena hari bersejarah ini, wajib kita menginsafi akan kebesaran Allah s.w.t dan kemuliaannya nabi junjungan kita Muhammad s.a.w

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“PERJALANAN MALAM” (Isra’) yang ditempuh Nabi dari Mekah ke Baitulmaqdis dan “pengangkatan” (Mi‘raj) Baginda ke langit, pada hakikatnya, adalah dua tahap daripada satu pengalaman mistik, yang berlaku hampir setahun sebelum peristiwa hijrah ke Madinah (cf. Ibn Sa‘d 1/1, 143).



Menurut riwayat hadith yang terkenal – yang banyak dikutip dan dibincangkan oleh Ibn Kathir dalam huraiannya pada surah 17:1, dan Ibn Hajar dalam Fath al-Bari VII, 155 ff. – Rasulullah, yang ditemani Malaikat Jibril, mendapati dirinya dipindahkan dalam suatu malam ke tapak istana Nabi Sulaiman di Baitulmaqdis, di mana Baginda memimpin satu kelompok jemaah Nabi-Nabi terdahulu dalam solat; yang sebahagiannya ditemui semula di langit. Pengangkatan ini, secara khusus, sangat penting dari sudut pandangan teologi Islam justeru kerana dalam rangka pengalaman inilah solat lima waktu difardukan, dengan perintah Allah, sebagai sebahagian daripada ikatan aqidah Islam.

Memandangkan Nabi sendiri tidak memberikan sebarang penjelasan yang kukuh berkait dengan pengalaman ini, maka para pemikir Islam – termasuklah di kalangan Sahabat – sering berbeza pandangan tentang keadaannya yang sebenar. Majoriti para Sahabat berpendapat bahawa Isra’ dan Mi’raj ini kedua-duanya berlaku secara fizikal – dengan perkataan lain, Nabi telah dibawa dengan jasadnya ke Baitulmaqdis dan kemudian ke langit – manakala kalangan minoriti percaya bahawa ia hanya melalui pengalaman ruh. Dalam kalangan yang kecil ini, kita dapati, khasnya, ‘Aisyah, isteri Nabi dan sahabat yang paling dekat dengan Baginda dalam tahun-tahun kerasulan yang berikutnya, yang begitu positif mempertahankan pandangan bahawa “Baginda hanya dibawa dengan ruhnya sahaja (bi-ruhihi), sedangkan tubuhnya tidak meninggalkan tempatnya” (cf. Tabari, Zamakhshari dan Ibn Kathir dalam tafsiran mereka pada surah 17:1); Ulama besar Hasan al-Basri, yang lahir dalam generasi berikutnya, turut mendukung pandangan tersebut (ibid).

Dan berbeza dengan pendirian ini, ahli-ahli teologi Islam yang menegaskan bahawa Isra’ dan Mi’raj ini adalah pengalaman fizikal telah merujuk pada pandangan dan keyakinan majoriti para Sahabat – tanpa, bagaimanapun, berupaya untuk menunjukkan sebarang hadith yang dapat menjelaskan bahawa Nabi sendiri menyatakan demikian. Sebahagian sarjana Islam menekankan maksud ungkapanasra bi-‘abdihi (“Dia memindahkan hambanya di waktu malam”) yang tercatat dalamsurah 17:1, dan percaya bahawa ungkapan ‘abd (“hamba”) itu menyerlahkan keadaan makhluk hidup yang sempurna, iaitu, gabungan jasad dan ruh.

Interpretasi ini, bagaimanapun, tidak mengambil kira kemungkinan bahawa ekspresi asra bi-‘abdihi hanya merujuk pada sifat keinsanan Nabi yang sejajar dengan maksud ayat-ayat al-Qur’an lain yang menjelaskan bahawa, Baginda, seperti Nabi-Nabi yang lain, hanyalah hamba Allah yang tidak kekal, dan tiada sebarang keupayaan ajaib. Ini, pada pandangan saya, telah dinyatakan sepenuhnya dalam penyataan akhir pada ayat di atas – “Sesungguhnya – Hanya Dia yang Maha Mendengar, Maha Melihat” – diikuti dengan penjelasan bahawa Nabi telah diperlihatkan ayat-ayat Allah (min ayatina), iaitu, disingkap sebahagian, namun tidak semua, dari kebenaran dan kenyataan sebenar daripada ciptaan Tuhan.

Hujah yang paling ampuh dan meyakinkan bagi mendukung tafsiranruhaniyah dalam kedua-dua Isra’ dan Mi’raj ini dijelaskan dalam pernyataan simbolik hadith sahih mengenai dua pengalaman ini: tafsiran, yang dilakarkan secara sangat simbolik yang tidak memungkinkan ia difahami secara literal, iaitu dalam bentuk “fizikal”. Justeru, sebagai contoh, Rasulullah mengungkapkan apa yang ditemuinya di Baitulmaqdis, dan seterusnya di langit, beberapa Nabi terawal, yang mana semuanya tanpa ragu telah pun wafat di kurun yang lampau.

Menurut sebuah riwayat hadith (yang dikeluarkan oleh Ibn Kathir daripada riwayat Anas, Baginda menziarahi Nabi Musa di kuburnya, dan mendapatinya sedang bersembahyang. Dalam hadith yang lain, juga dari riwayat Anas (cf. Fath al-Bari VII, 185), Nabi menggambarkan bagaimana, dalam Perjalanan Malamnya, Baginda bertemu dengan seorang perempuan tua, dan ketika itu diberitahu oleh Jibril, “Perempuan tua ini adalah dunia yang fana’ (ad-dunya)”. Dalam riwayat hadith yang lain, dari Abu Hurairah (ibid.), Nabi “melintasi sekumpulan manusia yang sedang menyemai dan mengetam padi, dan setiap kali mereka selesai menuai, [pucuknya] tumbuh semula. Jibril berkata, ‘Mereka ini adalah pejuang di jalan Allah (al-mujahidun).’

Kemudian mereka melintasi sekumpulan manusia yang kepalanya hancur dimusnahkan batu; setiap kali berkecai, ia kembali bulat seperti sediakala. [Jibril] berkata, ‘Ini adalah kalangan yang kepalanya keras tidak mengendahkan sembahyang.’…Kemudian mereka melalui sekelompok manusia yang menghadam daging mentah yang busuk, dan melemparkan daging yang enak dan baik. [Jibril] berkata: ‘Ini adalah golongan penzina.’

Dalam sebuah hadith yang sangat masyhur tentang mi‘raj (dikeluarkan oleh Bukhari) Nabi mengungkapkan kisahnya dengan berkata: “Ketika aku sedang berbaring di atas tanah di sebelah Kaabah [lit., “dalam linkungan hijr”], nah! tiba-tiba datang Malaikat menghampiriku, dan membedah dadaku lalu mengeluarkan hatiku. Dan kemudian bejana emas penuh dengan iman dibawa kepadaku, dan hatiku dibasuh [di dalamnya] dan dipenuhi [dengannya]; kemudian ia ditempatkan semula ke kedudukan asalnya…” Memandangkan “iman” adalah konsep yang abstrak, jelas bahawa Nabi menanggapi persiapan sebelum Mi‘raj ini – termasuk Mi‘raj, dan perjalanan Malam ke Baitulmaqdis – seluruhnya adalah pengalaman ruhiyyah.

Walaupun tiada hujah kukuh untuk meyakini bahawa Perjalanan Malam ke Baitulmaqdis berlaku dengan “jasad”, namun, tiada alasan untuk meragui kebenaran dan realitinya. Ahli teologi Islam yang terawal, yang tidak difikirkan mereka menguasai ilmu jiwa atau psikologi dengan sempurna, telah memutuskan dua alternatif: sama ada ia berlaku dengan fizikal atau sekadar mimpi. Oleh kerana mereka merasakan – dan benarlah – bahawa peristiwa yang menakjubkan ini akan hilang kehebatannya jika dizahirkan dalam alam mimpi, maka mereka berusaha untuk menginterpretasinya dalam pengertian fizikal dan mempertahankan hujah dan pandangan ini dari semua interpretasi lain, seperti yang telah diutarakan oleh ‘A’isyah atau Al-Hasan al-Basri.

Mutakhir ini, bagaimanapun, kita telah mendapati bahawa pengalaman mimpi bukanlah alternatif khusus kepada perlakuan fizikal. Kajian ilmu psikologi moden, walaupun baru bertunas, telah membuktikan bahawa tidak semua pengalaman rohani (iaitu, pengalaman yang tidak melibatkan sebarang organ manusia) hanya bersifat subjektif dalam menjelmakan pengaruh “minda” – apa jua yang dimaksudkan oleh istilah ini – tetapi ia boleh, dalam situasi tertentu, menjadi suatu realiti atau “fakta sebenar” dalam maksud yang objektif bagi perkataan ini daripada semua pengalaman yang dilalui manusia dengan organ fisiologinya.

Kita mengetahui hanya sedikit tentang kualiti dan keupayaan tertentu dari aktiviti psikologi, lantaran itu sangat mustahil untuk mencapai takrif akhir dan muktamad mengenainya. Bagaimanapun, pemerhatian ahli psikologi moden telah mempastikan kemungkinan – yang telah didakwa dari masa lampau oleh ahli mistik daripada seluruh aliran dan fahaman – tentang “kebebasan” sementara ruh manusia daripada tubuhnya. Dalam keadaan pemisahan sementara ini, ruh atau jiwa dapat bergerak bebas dan merantau melangkaui zaman dan tempat, untuk menyaksikan rangkuman kejadian dan fenomena yang lahir dalam realiti dan dimensi yang luas, yang hanya dapat dicerap oleh persepsi simbolik dengan kefahaman yang mendalam, jelas dan menyeluruh.

Tetapi untuk mengungkap dan menzahirkan “pandangan” yang dialami (sebagaimana kami nyatakan kerana kekurangan lafaz dan istilah yang lebih baik) kepada kalangan yang tidak pernah melalui pengalaman seperti ini, maka individu tersebut - dalam hal ini, Rasulullah – terpaksa memerihalkan dan mengungkapnya secara kiasan; dan ini dapat menjelaskan peranan kata-kata kiasan dalam hadith-hadith yang berkait dengan pandangan mistik daripada Isra’ dan Mi’raj ini.

Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian pembaca kepada perbincangan tentang “pengangkatan ruh” oleh salah seorang Ulama besar Islam, Ibn al-Qayyim (Zad al-Ma‘ad II, 48 f.):

“‘A’ishah menegaskan bahawa Perjalanan Malam (Nabi) berlaku dengan ruhnya (bi-ruhihi), sementara tubuh Baginda tidak meninggalkan tempatnya. Hal yang sama juga dinyatakan dari pandangan yang disampaikan oleh Al-Hasan al-Basri. Namun perlu difahami perbezaan antara pernyataan, ‘Perjalanan Malam berlaku dalam mimpi (manaman)’, dan pernyataan, ‘ia [berlaku] dengan ruh tanpa tubuhnya’. Perbezaan antara dua pernyataan ini sangat penting…apa yang dilihat oleh seorang yang bermimpi hanyalah penghasilan semula (amthal) beberapa bentuk pandangan yang telah terbuku dalam fikirannya, lalu dia bermimpi [sebagai contoh] dirinya diangkat ke langit atau dipindahkan ke Mekah atau ke tempat [lain] di dunia, sementara [pada hakikatnya] ruhnya tidak diangkat atau dipindahkan…

“Riwayat yang disampaikan kepada kami berhubung hal Isra’ dan Mi’rajRasulullah boleh dikelaskan kepada dua kelompok – kumpulan pertama mempertahankan pandangan bahawa pengangkatan berlaku dengan ruh dan jasad, sementara kumpulan kedua menegaskan bahawa ia hanya berlaku dengan ruh, sementara tubuhnya tidak meninggalkan tempatnya. Tetapi pandangan ini [juga] tidak mengertikan bahawa Isra’ dan Mi’raj itu berlaku dengan mimpi: mereka hanya bermaksud bahawa hanya ruhnya sahaja yang melangkah dalam Perjalanan Malam dan diangkat ke langit, dan ruh menyaksikan peristiwa yang [hanya sepatutnya] dapat disaksikan setelah wafat [lit., mufaraqah, “perpisahan”].

Keadaannya dalam situasi tersebut sama dengan keadaan [ruh] selepas mati...tetapi apa yang dialami Rasulullah dalam Perjalanan Malamnya adalah jauh lebih besar dari pengalaman [biasa] yang dilalui ruh selepas mati, dan, tentunya, lebih jauh daripada makna mimpi yang dilihat seseorang dalam tidur…merujuk pada Nabi-Nabi [yang ditemui Rasulullah di langit], ia tidak lain hanyalah ruh mereka yang tinggal di sana selepas berpisah dengan tubuh, sedangkan ruh Rasulullah diangkat ke sana ketika Baginda masih hidup.”

Adalah jelas bahawa pengalaman rohani ini bukan hanya tidak lebih rendah tahapnya, tetapi, sebaliknya, jauh lebih hebat daripada setiap pengalaman yang dilalui dan dicatat oleh anggota tubuh; dan telah jelas tanpa perlu disebut lagi, sebagaimana telah dinyatakan Ibn Qayyim, bahawa ia setanding dengan makna “pengalaman mimpi”, selama pengalaman ini hanya wujud dalam fikiran insan yang bermimpi, sementara pengalaman rohani yang dirujuk di atas tidak kurang “benarnya” (iaitu, objektif) dari yang dilalui “oleh anggota tubuh”.

Dengan menganggap bahawa Isra’ dan Mi’raj ini berlaku dengan ruh dan tidak dengan tubuh, kita tidak menafikan nilai luar biasa yang menyangkut pengalaman kenabian ini. Sebaliknya, telah jelas bahawa pengalaman ini mengatasi keajaiban yang dilalui dalam pengangkatan tubuh, yang memperlihatkan ketinggian syaksiah dan kesempurnaan rohaninya – sesuatu yang kita harapkan daripada seorang pesuruh Tuhan yang sebenar.

Bagaimanapun, adalah mustahil bagi kita manusia biasa untuk dapat memahami secara sempurna pengalaman ruhaniyah sedemikian. Minda kita hanya dapat bekerja bersandarkan elemen daripada kesedaran kita tentang masa dan tempat; dan setiap yang melangkaui batasan dan ruang lingkup ini akan selalu menghalang percubaan kita untuk mencapai maksudnya yang sebenar.

Sebagai kesimpulan, harus diperhatikan bahawa Perjalanan Malam Rasulullah dari Mekah ke Baitulmaqdis, berlaku sebaik sebelum Pengangkatannya, membuktikan bahawa Islam bukanlah suatu kepercayaan baru tetapi merupakan tradisi yang berkesinambungan dari risalah suci yang sama yang disampaikan oleh Nabi-Nabi terdahulu, yang menempati Baitulmaqdis sebagai kediaman rohani mereka. Pandangan ini diperkukuh oleh hadith (dipetik dalam Fath al-Bari VII, 158), yang mana Nabi, dalam Perjalanan Malamnya, telah menunaikan solat di Yathrib, Sinai, Bethlehem, dan lain-lainnya. Pertemuan Baginda dengan Nabi-Nabi yang lain, yang disebut dalam peristiwa ini, menyerlahkan idea yang sama. Hadith yang masyhur daripada babak penting Perjalanan Malam ini di mana Nabi telah memimpin jemaah solat dalam sebuah kuil suci di Baitulmaqdis, yang mana semua para Nabi berdiri membentuk saf di belakang Baginda, menunjukkan secara figuratifnya tentang kepercayaan bahawa Islam, sebagaimana disampaikan oleh Nabi Muhammad, adalah pelengkap dan penyempurna kepada tradisi agama manusia, dan Nabi Muhammad adalah Rasul pembawa risalah Allah yang terakhir dan teragung.

Sumber Rujukan:

Muhammad Asad; The Message of the Qur’an

Muhammad Asad: Sahih al-Bukhari – The Early Years of Islam


Kalau Tak Buat Kenapa Nak Menggelabah

KUALA LUMPUR, July 20 — With the public baying for blood over the mysterious death of political secretary Teoh Beng Hock, talk has been rife that the national anti-graft body's top advisers might quit or demand changes to interrogation procedures.

Tan Sri Ramon Navaratnam, who heads one of the Malaysian Anti-Corruption Commission's (MACC) five advisory panels, confirmed today that several of his fellow advisers have indicated they may quit their appointed posts to protest the methods in which witnesses are questioned for information.


Sumber : The Malaysian Insider


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bukan nak tuduh tapi kalau dah yakin sangat dengan ketelusan pegawai - pegawai SPRM buat apa mahu letak jawatan.

Relax la....

Siasatan tak habis lagi. Panjang lagi. Belum tentu mereka yang mahu meletak jawatan itu salah.


Urmmmm....pelik betoi aihhh

Jangan Nak Berlengah Lagi..Woiii Cepat Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja

kemaskini 4.13pm Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam sebelum mayatnya ditemui dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Dan sila baca selanjutnya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Segera tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Bukan nak mempertikaikan kredibiliti polis. Masalahnya kes Kugan masih sekarang belum selesai.

Itu belum kes pembunuhan petugas PAS di Lubuk Merbau, Kedah.

Malaysia menanti Najib membuat perkara sebetulnya.

TUBUHKAN SEGERA SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA!!

1 Ogos 2009 : Hari Memperingati Kezaliman Regim Zionis BN



Pada hari tersebut wajib bagi kita warganegara Malaysia untuk turun menyatakan rasa benci kita kepada ISA.

Perhimpunan ini juga penting untuk menyatakan rasa mual kita kepada segala aktiviti kekejaman, kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh regim Zionis BN.

Kekejaman dengan menangkap mereka yang tidak berdosa dan langsung tidak pernah dibicarakan mereka yang ditahun bertahun - tahun di Kamunting. Kekejaman kerana telah memisahkan anak dan isteri selama bertahun - tahun dan kekejaman yang paling jahat adalah dengna membunuh mendiang Teoh.

Kezaliman kerana bertindak sewenang - wenangnya. Menangkap ikut suka mereka. Kita mendesak agar segera bebaskan mereka dan adili mereka di mahkamah.

Penipuan kerana selalu membohong kepada rakyat Malaysia bahawa mereka ini pengganas. Tapi makna buktinya? Menipu rakyat Malaysia dengan janji - janji manis tapi tambang bas, teksi naik...Serupa perangai YAHUDI Zionis!!

1 Ogos jatuh pada hari sabtu...TURUN BERAMAI - RAMAI!!

Ahad, 19 Julai 2009

Anak Muda Malaysia Mendesak..Tubuhkan Segera Suruhanjaya Siasatan Diraja

Anak muda Malaysia hari ini wajib bangkit mendesak kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib agar segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock.

Isu ini telah melepasi sempadan perkauman. Isu ini bukan isu mencabar ketuanan Melayu. Isu ini bukan isu mencari publisiti murahan. Isu bagaimana seorang anak muda yang tidak berdosa dibunuh oleh didalam tahanan SPRM.

Hatta Islam sendiri melarang umatnya meragut nyawa orang yang tidak berdosa tidak kira apa agamanya.

Anak muda Malaysia harus bersatu. Teruskan desakan kita untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Jangan putus asa.

Buat Najib dan khasnya Muhyiddin. Jika kamu gagal untuk menubuhkannya. Tidak perlu tunggu pada pilihanraya seterusnya. Jalanraya telah terbentang luas. Di sana merupakan medan anak muda Malaysia.

Anak muda Malaysia tidak sesekali melupakan kekejaman regim Zionis BN.

Ingat peristiwa Memali!!

Ingat peristiwa petugas PAS Allahyarham Othman yang dibunuh!!

Ingat peristiwa Mata Lebam DSAI dan racun arsenik!!

Sememangnya Negara kita Umpama negara Zionis!!

BERSATU ANAK MUDA!!

JANGAN BIARKAN LAGI ADA NYAWA YANG TERKORBAN!!




Apala Malang Nasib Rakyat Malaysia Dapat TPM Sengal

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik anggota exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil rakyat mereka.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini bukan isu politik. Ini soal nyawa rakyat Malaysia yang turut membayar cukai. Ini soal nyawa anak muda yang sepatutnya merakamkan perkahwinannya pada hari Jumaat.

Buat Muhyiddin Yassin, belajar - belajar untuk mengeluarkan kenyataan yang lebih nampak cerdiknya.

Jangan bagi nampak kebodohan itu.

Allah Maha Kaya..Allah Maha Besar..Allah beri sedikit kenikmatan buat Najib dan konco - konconya..namun mereka alpa...

HARGA BARANG NAIK!!

MEREKA BIARKAN NYAWA SEORANG INSAN YANG TIDAK BERDOSA DIBUNUH!!

Sekarang biarkan mereka terkontang - kanting untuk menjawap segala pertuduhan yang rakyat Malaysia lontarkan!!

p/s Najib sama macam Pak Lah...janji - janji...tapi satu pun tak buat..yang dia buat..harga barang naik sekali lagi...

Kebodohan Berita Harian dan Utusan Malaysia Terserlah

KUALA LUMPUR, July 19 — Umno-controlled newspapers, Berita Harian and Mingguan Malaysia, today slammed critics for demonising the country’s graft-busters over Teoh Beng Hock’s death, with one suggesting there is an agenda to weaken Malay-controlled institutions.

Both newspapers accused the opposition of politicising the political secretary’s death on July 16, with Mingguan saying the federal opposition Pakatan Rakyat (PR) was using the incident to divert attention away from internal problems and weaknesses.

Sumber : The Malaysian Insider

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini bukan isu nak melemahkan ketuanan melayu. Ini soal keadilan. Kenapa tahanan SPRM yang berbangsa Cina mati di dalam tahanan mereka.

Buat orang - orang Umno. Ini bukan isu perkauman. Kalau orang Umno sendiri boleh kena siksa inikan pula orang Pakatan Rakyat.

Buat wartawan dan editor Berita Harian dan Utusan Malaysia, cukup!! Jangan jadi bodoh dan cuba memperbodohkan orang Melayu.

Siapa yang gadai bangsa Melayu kalau tak orang Umno sendiri. Yang rampas kuasa raja siapa?? UMNO!!

Yang gadai tanah orang Melayu Johor siapa? Muhyiddin Yassin UMNO!!

Yang naikkan harga barang untuk tahun ini dan memiskinkan lagi orang Melayu siapa?? Najib UMNO!!!

INGAT...JANGAN JADI BODOH MACAM KALDAI!!!

SPRM (BPR)..Tanggungjawap Terletak Di Bahu Anda

Mungkin terlambat untuk membicarakan soal kematian mendiang Teoh. Tapi bagi saya, kematian dan kesalahan punca kepada kematian ini harus diletakkan di bahu SPRM (BPR).



sumber : Black

Laporan polis jelas menunjukkan pihak SPRM telah menjalankan siasatan ala Gestapo dan Zionis YAHUDI!!!.

Nasib si pelapor ini Melayu dan Umno pula. Kalau tidak mahu beliau menerima nasib yang sama.

Mendiang Teoh adalah berbangsa Cina dan S/U Exco Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Kita bukan mahu menuduh. Tapi mahukan SPRM jangan sesekali membuat siasatan ala Zionis YAHUDI!!

Sudah pasti rakyat di luar sana akan berkata - kata atau berbisik - bisik sesama mereka. Jika orang Umno boleh disiksa inikan pula orang Pakatan Rakyat.

Menyeru Najib bekukan sebentar SPRM dan tubuhkan Siasatan Diraja kerana pihak polis juga kredebiliti mereka dipersoalkan. Untuk menjernihkan keadaan sila tubuhkan satu badan bebas.

URmm apa cerita bedah siasat Kugan??

Jumaat, 17 Julai 2009

Bahaya...Bahaya

kemaskini 7.43pm Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gila la politik Malaysia nie...dah mula main bunuh - bunuh...gila gempak

Rabu, 15 Julai 2009

Ciri - ciri anak muda Malaysia Baru : 1

Hari ini rata - rata yang baru memulakan hidup di Malaysia kebanyakkannya generasi yang lahir pada tahun 1980an. Dari yang berumur 29 - 22 tahun sudah mula bekerja di sektor awam mahupun swasta. aku tergolong dalam kelompok ini. Umur aku baru mencecah 25 tahun. Jika diadakan sambutan ulang tahun, aku baru masuk kategori sambutan jubli perak.


Aku lahir dalam kelompok masyarakat bawahan. Walaupun Allahyarham ayah aku merupakan antara orang - orang besar di sebuah syarikat swasta, namun Allahyarham tidak pernah mengajar aku dengan kemewahan yang melampau kerana dia mahu aku mengenal erti kesusahan. Aku sedar, keluarga kami dulu pernah menetap rumah setinggan di Pantai Dalam. Semuanya kerana kegilaan ekonomi kapitalis yang menyerang seluruh dunia yang menyebabkan ayah aku dibuang kerja pada tahun 1987.


Aku bersyukur apabila diajar untuk mengenal erti kesusahan kerana dengan cara macam itu, aku boleh mengenal siapa sebenarnya rakyat Malaysia. Dari rumah setinggan hingga ke rumah banglo. Ramai kawan - kawan aku berasal dari kelompok sedemikian rupa. Pelbagai jenis kelakuan yang dapat aku saksikan. Aku pernah bermain dengan anak - anak setinggan di Pantai Dalam. Aku pernah singgah bermain video game di rumah anak orang kaya di Bukit Bangsar ketika aku masih kecil dulu.

Apabila aku meningkat remaja, aku mula bergaul dengan kawan - kawan yang tinggal di dalam kawasan bandar yang sedang pesat membangun. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah. Kawasan baru. Berjiran dengan kawasan - kawasan kampung di situ. Kampung Cheras Baru antaranya. Perbezaan kelas dapat dilihat ketika itu. Kawan sekolah yang datang dari kawasan tersebut kebanyakkannya cukup meminati MAT MOTOR (dulu pada tahun 1996 - 1999 jarang orang sebut Mat Rempit). Kawan yang datang dari rumah teres, meminati kumpulan - kumpulan rock seperti Nirvana, Metallica manakala yang berangan nak jadi lebih cool akan meminati kumpulan atau artis solo muzik HIPHOP. Antaranya Tupac Amaru Shakur (2Pac), Snoop Dogg, Dr.Dre, NWA, Wu-Tang Clan, Kriss Kross, Dogg Pound, Eminem, Jay-Z, The Notorious B.I.G dan sebagainya.


Pertembungan kelas ini cukup ketara, aku yang menjadi budak skema habis di sekolah dulu, selalu dapat tengok, budak motor hina budak hiphop sebab seluar londeh. Hinaan ini kadang - kala boleh menyebabkan pergaduhan sesama mereka. Pergaduhan yang melibat kumpulan masing - masing. Sebagai budak skema habis, tergelak pun ada, seram pun ada, menyampah pun ada. Sampai aku tertanya dalam kepala otak aku ini, apa la yang seronok sangat mempertahankan ideologi identiti macam ini sampai nak bergaduh sakan.


Namun jangan terperanjat, dengan tindakan pantas Pengetua Sekolah ketika itu, budaya gangsterisme di sekolah pada waktu aku sempat dibendung. Mereka yang pernah bergaduh sesama sendiri telah menjadi sahabat baik ketika itu. Antara kata - kata Pengetua Sekolah iaitu Cikgu Zakiah aku waktu itu cakap, "Lantak kat hangpa la, hiphop ka, mat mot (mat motor) ka, ingat kita ini satu sekolah. Ketepikan perbezaan bodoh macam ini, kita harus pertahankan maruah sekolah." Haaaaaaaa, yang ini PAS dan DAP kena belajar dari aku dan rakan - rakan. Perbezaan harus diketepikan, yang penting tumbangkan BN dulu.

bersambung.............

Jangan Lupa DSAI Sekarang Dalam Bahaya

Buat semua pejuang rakyat, insan yang mempereratkan kembali hubungan parti pembangkang dan menubuhkan Pakatan Rakyat dan hampir - hampir menumbangkan BN sekarang dalam keadaan bahaya.

Perbicaraan beliau sekarang sedang berlangsung. Jangan dilupa kezaliman yang bakal dihadapi beliau.

Jika DSAI ditakdirkan bersalah dan masuk penjara AWAS..Pakatan Rakyat akan berpecah!!

Ini tidak mustahil, segala gerak kerja untuk menjahanamkan PR tidak berjaya selagi mana DSAI bebas di luar sana. Dari isu kerajaan perpaduan, DAP KEDAH, dan sebagainya beliau mampu menyelesaikannya dengan dokongan penuh oleh mereka yang sealiran dengannya.

Ya, mungkin tulisan ini dilihat seolah - olah saya fanatik dengan DSAI. Tapi, DSAI telah ditakdirkan olehNya untuk mengoncang politik selesa jahat Zionis BN. PAS tidak pernah dalam sejarah mendapat kerusi DUN yang cukup banyak, DAP boleh memerintah P.Pinang, dan KeADILan memerintah Selangor. Ya, semua ini atas kesilapan Pak Lah, tapi insan ini yang menggunakan sebaik peluang ini dan para blogger telah mengambil inisiatif untuk menyebarkannya di dalam dunia internet.

DSAI,

Bagi mereka yang tidak menyukai DSAI khasnya di dalam gabungan Pakatan Rakyat, biarkan!!

Rakyat Malaysia akan senantiasa mendoakan DSAI.

Keperitan hidup DSAI tidak siapa yang mampu menghadapinya. Liwat adalah satu fitnah yang paling bangsat.

Izinkan saya memberi kata - kata yang mungkin dapat menyedarkan beberapa pihak yang cukup cemburu dengan DSAI yang berada dalam PR.

Walk my shoes, just to see
What it's like, to be me
All be you, let's trade shoes
Just to see what I'd be like to
Feel your pain, you feel mine
Go inside each other's mind
Just to see what we find
Cause where you see it from where you're sitting
Is probably 110% different
I guess we would have to walk a mile
In each other's shoes, at least


DSAI, jangan bimbang masih ramai anak muda yang akan sentiasa menyokongn DSAI. Bagi mereka DSAI adalah pemimpin yang mewakili suara anak muda walaupun DSAI telah berumur 60 tahun.

Suara Rakyat Suara Keramat!!!

Tahniah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Dan Tan Sri Khalid

Kajian Satu kajian pendapat yang telah dijalankan oleh badan bebas - Merdeka Centre - mendapati sokongan tinggi rakyat Selangor terhadap pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kajian itu juga mendapati kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga telah mendapat penilaian tinggi dalam kajian tersebut.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor, kajian tersebut yang dijalankan dari 5 Jun hingga 15 Jun lalu, mendapati 60 peratus rakyat negeri itu merasakan kerajaan negeri berada dalam hala tuju yang betul.

Manakala 63 peratus puas hati dengan prestasi menteri besar dengan hanya 19 peratus tidak puas hati.

Seramai 64 peratus rakyat Selangor puas hati dengan prestasi kerajaan Pakatan Selangor selepas memenangi pilihanraya umum tahun lalu, manakala 22 peratus tidak puas hati.

Mengikut pecahan kumpulan etnik pula, kajian itu mendapati 59 peratus Malayu, 69 peratus Cina dan 69 peratus India puas hati.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tahniah buat pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Tahniah kerana mendapat kepercayaan yang tinggi dari rakyat negeri Selangor.

Saya rakyat Kedah yang menumpang teduh di negeri ini, bangga kerana mendapat sebuah kerajaan yang baik dan Menteri Besarnya yang bagus

Tak pernah dalam sejarah Malaysia, AIR DAPAT PERCUMA!!!!

Dua Cerita Bodoh Untuk Hari Rabu

PORT DICKSON 14 Julai - Kementerian Pelancongan berharap kerajaan menarik balik tindakan kuarantin ke atas pelancong asing yang demam atau selesema berikutan kebimbangan jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1).

Menterinya, Dr. Ng Yen Yen berkata, penarikan balik tindakan kuarantin itu perlu memandangkan trend peningkatan bilangan pelancong, dengan bulan Jun lalu saja meningkat 7.5 peratus membabitkan 2.208 juta orang.

Sehubungan itu, tegasnya, pelancong yang hanya selesema dan demam biasa ketika pemeriksaan di pintu masuk terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak perlu dikuarantin kerana ia boleh menjejaskan sektor pelancongan negara ini.

Sumber : Utusan Meloya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

"Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS," katanya.

Sumber : Malaysiakini

**********************************************************

Dua berita yang menyakitkan hati aku. Mula - mula sekali tindakan kerajaan yang membenarkan pelancong yang bawa virus SELSEMA BABI berkeliaran di bumi Malaysia atas alasan takut sektor perlancongan terjejas...WOIIIIIIIIIIIII Keselamatan Rakyat Malaysia nak letak kat mana...JAMBAN?? Aduhhhh hinanya rakyat Malaysia!!!

Berita kedua...yang ni aku paling sakit hati. Dah dapat undi sikit nak salahkan orang muda. Woiiiii
Orang muda bagi signal la..tak mau kerajaan perpaduan..nak bagi amaran kat HADI, NASHA, KETUA PEMUDA PAS, dan buat mereka yang terhegeh - hegeh nak berjimak dengan Umno.

Jangan salahkan orang muda...jangan hina akidah perjuangan kami. Kami tak totok PAS..kami totok kepada perjuangan rakyat untuk menentang kezaliman dan menolak semua usaha untuk berjimak dengan Umno!!!

Faham tak!!!!!!!!

Ishhhhhhh...Bodoh betul la untuk dua berita nie!!!

Jangan Gundah Gulana Wahai Pejuang Rakyat

Jangan gundah gulana wahai pejuang rakyat. Benar kita menang dengan majoriti yang teramat nipis. Kita berjaya pertahankan kerusi tersebut namun kita gagal mempertahankan majoriti yang diperolehi dahulu.

Jangan gelisah wahai pejuang rakyat

Kita harus berbangga disaat isu - isu bodoh yang menyelubungi Pakatan Rakyat kita masih mempertahankannya.

Kita harus berbangga di saat Umno dan BN mendapat bola tanggung untuk dismash, kita masih mampu mengalahkan mereka.

Jangan sedih dan risau wahai pejuang rakyat.

Perjuangan kita masih jauh...

Buat mereka yang gelojoh mahu berjimak dengan Umno lihat inilah hasilnya!!

Buat mereka yang menentangnya..bangga..kerana kita masih menyakinkan rakyat bahawa kita masih utuh!!

Buat pemimpin Pakatan...sudah...cukup...berhenti mengeluarkan kenyataan yang merugikan Pakatan Rakyat!!

Buat pejuang Rakyat!!! Kita menang!!!

Selasa, 14 Julai 2009

100 Hari?? Hek Eleh...Boleh Blah



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

100 HARI..kalah lagi...

Opss jangan lupa...Alhamdulillah...

Manik Urai (8)

Keputusan tidak rasmi

PAS menang dengan 36 undi

Manik Urai TERKINI (7)

Keputusan rasmi (setakat ini) PAS mendapat 3,092 undi, sementara BN pula 2,747 undi.

Majoriti setakat ini 345 undi.

Manik Urai TERKINI (6)

Kiraan semula...

PAS menang 240 undi

Apa pun masih belum rasmi!!

Manik Urai TERKINI (5)

Semua peti telah sampai

Keputusan akan diketahui dalam sedikit masa lagi..

Ikut keputusan tidak rasmi..PAS menang 157 undi

BERSABAR

Manik Urai TERKINI (4)

Ikut sumber risikan PAS menang dengan 157 undi

Apa pun masih belum rasmi

Manik Urai TERKINI (3)

Dari risikan awal calon Pakatan Rakyat akan menang dengan
majoriti 1700 undi

Manil Urai TERKINI (2)

Penyokong dan jentera BN sudah tidak kelihatan lagi.

Semenjak jam 3.00 petang kebanyakan bilik gerakan BN telah tutup.

Jumlah turun membuang undi ialah 85 peratus.

Manik Urai TERKINI

Peluang memihak kepada Pakatan Rakyat.

Muhyiddin Yassin telah meninggalkan kawasan Manik Urai.

Jika benar berlaku...satu lagi kemenangan bakal terjadi.

UMNO ZIONIS akan kalah.

Ya, Allah bagilah kemenangan kepada Pakatan Rakyat...Ameen

TAKBIR!!!!

Isnin, 13 Julai 2009

Manik Urai (24) : Benteng Rakyat Di Kelantan Tidak Wajar Dijatuhkan

“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.
Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”

Sumber : Ustaz Asri Zainal Abidin (Bekas Mufti Perlis)

Saya pernah menghuraikan betapa pentingnya Kelantan kepada rakyat Malaysia pada artikel dahulu.

Manik Urai harus dipertahankan. Walau sukar macam mana sekali pun ianya wajar dipertahankan. Tumbang Manik Urai bermakna kerajaan Kelantan akan diganggu - gugat oleh mereka yang jahat ini.

PERTAHANKAN MANIK URAI!!!!

Ahad, 12 Julai 2009

Manik Urai (23) : Janji, Janji, Janji..Habuk Pun Tarak

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Masa PRK Pengkalan Pasir serupa juga. Janji, janji, janji tapi satu pun tak dapat. Bila dah BN menang, satu apa janji masa PRK Pengkalan Pasir apa pun tak dapat.

Dah la tu Muhyiddin oiii...dulu gadai Melayu JOHOR!! Sekarang nak bela rakyat Manik Urai. Gagal.......

Buat pengundi Manik Urai...dulu Pak Lah kita sokong pastu dia tipu kita...habis barang naik.

Sekarang Najib buat benda sama. Nak percaya lagi??

Muhyiddin nak tipu rakyat Manik Urai...suruh dia teropong Pengkalan Pasir dulu

Nate!!!

Manik Urai (22) : Rayuan Buat Pengundi Di Sana

Saya dan seluruh rakyat Malaysia merayu kepada pengundi Manik Urai agar menyokong calon Pakatan Rakyat yang diwakili PAS iaitu Abe Uji.

Jangan terpengaruh dengan janji manis Najib. Ingat kita pernah tertipu dengan Abdullah Ahmad Badawi. Apabila kita memberi sokongan kepada beliau, dengan tenang beliau menipu dan mengkhianat amanah rakyat.

Percayalah Najib sama sahaja dengan Pak Lah. Janji manis ditaburkan. TAPI AWAS perlaksanaannya belum tentu. Apabila Manik Urai mula memberikan kemenangan kepada BN, maka percayalah segala janji manis yang Najib taburkan akan lenyap.

Selagi namanya pemimpin itu datang dari BN, tipu dan terus tipu rakyat Malaysia kerjanya.

Orang Melayu, jangan tertipu lagi. Cukup sudah kita memberi peluang kepada mereka. Mahukah kita diperbodohkan lagi??

Manik Urai, kawasan ini istimewa. Pengundinya akan menentukan hala tuju politik negara lepas ini.

UNDILAH PAS......

Sabtu, 11 Julai 2009

Sokong Rosmah Digugurkan Dari UNISEL!!!

Saya menyokong tindakan pelajar - pelajar UNISEL untuk menghumban keluar Rosmah daripada menjadi Canselor UNISEL. Apa sumbangan beliau kepada dunia intelek. Cukupkah dengan kahwin dengan isterinya Najib?

Saya juga menyokong gesaan agar Dr.Wan Azizah menjadi Canselor baru untuk UNISEL. Secara peribadi saya mahu orang lain menjadi Canselor UNISEL. Mereka yang banyak menghasilkan buku. Secara peribadi saya mahu saudara Hishamuddin Rais jadi Canselor UNISEL. Berapa banyak buku yang telah beliau dihasilkan. Beliau mampu bicara soal ekonomi, politik, seni, dan lain - lain.

Buat Tan Sri Khalid, tidak kisah mana - mana Tan Sri mahu pilih..tolak ROSMAH!!!!!!

Jumaat, 10 Julai 2009

Manik Urai (21) : Nampak Muhyiddin Cakap "WOI Pengkhianat Orang Melayu Johor"

KUALA KRAI, 9 Julai (Hrkh) - Masihkah anda ingat siapa yang bertanggungjawab memberi ruang lebih besar kepada penduduk dari Singapura memilik banyak hartanah di Johor. Akibat daripada dasar terbuka itu menyebabkan banyak tanah rezab Melayu di daerah Johor Bahru tergadai.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat petugas - petugas Pakatan Rakyat dan pengundi Manik Urai, kalau jumpa Muhyiddin Yassin pergi jerit kat muka dia...WOI Pengkhianat..jangan datang Manik Urai.

Jangan nak gadai tanah orang - orang Manik Urai...cukup orang Johor tertipu dengan kau.

Buat pengundi Manik Urai, kalau TPM kita ni dah ada perangai suka mengkhianat, apatah lagi Tuan Aziz calon Umno tu.

Fikir elok - elok yeee..

Khamis, 9 Julai 2009

Dalam Saat Berpolitik Jangan Dilupa Penderitaan Saudara Kita Di Luar Sana

Sedih, masih terdapat segelintir manusia yang berfikiran seperti binatang. Kenapa perlu diperlakukan sedemikian. Marwa Al-Sharbini telah dibunuh oleh seorang lelaki di Russia. Apa salah gadis ini.

Aku bukanlah Al-Qaeda, tapi isu seperti ini bagi aku cukup bangsat!! Sedih

Teramat sedih..

Moga Allah merahmati mu Marwa Al-Sharbini



Rabu, 8 Julai 2009

Manik Urai (20) : Pentingnya Manik Urai Buat Rakyat Malaysia

Sebelum saya menaip apa - apa sila tatap dua wajah utama ini.



MB Perak PAS (Pakatan Rakyat) Yang diGULINGKAN OLEH BN





Insan yang berusaha merapatkan kembali perpaduan parti pembangkang yang suatu ketika dahulu berpecah.

Buat pengundi Manik Urai. Undi anda akan menyelamatkan maruah mereka berdua ini dan sekali gus menyelamatkan maruah rakyat PERAK dan MALAYSIA.

DS Nizar telah dihina seteruk - teruknya oleh BN. DS Nizar dihalau dari jawatan MB secara paksa walaupun rakyat Perak yang memilihnya.

Sanggupkah kita membiarkan DS Nizar dibiarkan berseorangan dalam menghadapi kejahatan BN. Sanggupkah kita membiarkan maruah rakyat negeri PERAK dipijak, diludah dan dihina oleh BN.

DS Anwar Ibrahim (DSAI), insan satu ketika dahulu menjadi pencetus kepada gelombang kebencian BN pada tahun 1998. Gelombang yang tidak pernah dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Gelombang itu buat pertama kali kita melihat ratusan ribu rakyat berhimpun di Dataran Merdeka untuk menyatakan rasa benci mereka kepada Mahathir dan melaungkan RE-FOR-MA-SI!!

Gelombang inilah punca kepada kejatuhan BN pada hari ini. Gelombang yang cuba dipadamkan dengan penahanan aktivis - aktivis politik di bawah ISA. Gelombang ini cuba dimusnahkan dengan memecahkan Barisan Alternatif.

Namun gerakan itu tidak berjaya selepas bebasnya DSAI. Lama menyepi, DSAI kembali menyerang BN habis - habisan. Keputusannya BN hilang 2/3 majoriti (tak lupa juga sumbangan besar BLOGGERS!!!)

Sekarang cubaan untuk mematikan gelombang kedua ini berjalan. Kerajaan Perpaduan, Wacana Ilmiah, BABI, Liwat dimainkan. Tujuannya hanya satu. Musnahkan Pakatan Rakyat. Namun memecahkannya, DSAI harus dipenjara.

Manik Urai, penting!! Jika menang Manik Urai, Nizar dan rakyat negeri Perak akan dapat semangat baru kerana tahu masih ada lagi yang bersama mereka.

Menang Manik Urai, Pakatan Rakyat akan bertambah mantap perpaduannya. Jika tertangkapnya DSAI, usaha lelah beliau sudah pasti akan disambung oleh mereka yang sayangkan Pakatan Rakyat.

Pengundi Manik Urai, tanggungjawab anda besar. Selain mempertahankan tempat dan maruah TG Nik Aziz. Tanggungjawab anda teramat besar kerana tidak kira apa keputusannya, kesannya teramat besar terhadap negara kita ini.

Saya menyeru dan merayu sebagai insan yang berada di luar kawasan tersebut, amat mengharapkan anda semua membuat satu keputusan yang bijak..

UNDILAH PAS(Pakatan Rakyat)

Si Bodoh Yang Dah Menggelabah Nak Menjawap

Exco kerajaan negeri Selangor dan Setiausaha Agung KeADILan antara individu yang disaman oleh Adun Sementa, Dato' Abdul Rahman Palil kerana mengaitkan nama beliau dengan kontroversi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Laporan ini ada unsur berat sebelah kerana ada 20 lagi ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) tetapi mengapa hanya saya yang dikaitkan," katanya.

Sumber : harakah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

YB, kalau nak menjawap tu biar nampak cerdik sikit boleh tak...betul ada 20 ahli pengarah. Tapi masalahnya, kau tu je yang ada jawatan YB.

Nampak sangat kau tu dah salah guna kuasa.

Pastu menggelabah saman sana-sini. Buat malu je.

Dah la...pilihanraya kecil tengah dok jalan nie...malu Umno kang dapat pemimpin sengal macam nie..

Puih!!